Go

Dalam Sejarah Apabila Untuk Tempoh 10 Hari Bermula..

 




Dalam sejarah apabila untuk tempoh 10 hari bermula 15 Jun hingga ke hari ini negara tidak disajikan dengan kes kezaliman pembunuhan dan penderaan haiwan. Laporan diterima hanya berkisar mengenai kacau ganggu dan pengabaian haiwan oleh jiran tetangga seperti tidak memberi makan haiwan peliharaan oleh pemilik.

Animal Malaysia mengambil peluang kelapangan waktu ini dengan menyalurkan bantuan makanan kucing dan anjing untuk haiwan jalanan ini kepada Animal Feeder yang memerlukan. Minggu lepas Saudara Mali dari Nilai Negeri Sembilan menerima bantuan makanan atas usaha menghargai jasa dan kesungguhannya bantu beri makan anjing dan kucing jalanan.

Program Makanan Haiwan Jalanan dianjurkan Animal Malaysia sebagai usaha membantu anjing dan kucing jalanan. Ia disampaikan kepada Animal Feeders yang diakui aktif beri makan haiwan jalanan yang memerlukan.

Untuk rekod sebanyak 600 bungkusan makanan kucing dan anjing pelbagai berat timbangan disalurkan melalui pos, kurier, riders dan yang menjemputnya sendiri telah diedarkan di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak sepanjang musim PKP bermula 18 Mac 2020 hingga 30 Mei 2020.

Ini antara aktiviti kemanusiaan Animal Malaysia kepada haiwan jalanan terutama kucing dan anjing yang masih perlukan bantuan. Program Makanan Haiwan Jalanan akan diteruskan sekiranya ada kemampuan untuk dilaksanakan. Bagi urusan penghantaran bantuan pelbagai kaedah. Animal Malaysia telah membelanjakan hampir RM10,000.00 sebagai kos penghantaran. Ia merupakan kaedah yang boleh dilakukan sepanjang tempoh PKP pada bulan Mac, April dan Mei memandangkan pergerakan amat terhad serta melibatkan penghantaran ke seluruh negara.

Animal Malaysia mengajak seluruh warga pencinta haiwan yang mahu sama-sama menjayakan Program Makanan Haiwan Jalanan pada masa ini dan akan datang untuk ambil bahagian dan peranan seorang sedikit. Sumbangan makanan haiwan amat dialu-alukan. Boleh terus hantar ke base Animal Malaysia di Segambut. Ia sebagai usaha supaya program ini boleh tetap berjalan.

Bagi yang mahu menyumbang walau jumlah sedikit seorang boleh terus salurkan ke akaun berikut :

Nama Akaun : PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA

No. Akaun : 105380001899

Nama Bank : Affin Bank Berhad

Reference : ‘Food Program’

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.