Go

Mereka Cuma Mahu Bahagia. Mereka Ada Perasaan. Mer..

 




Mereka cuma mahu bahagia.

Mereka ada perasaan. Mereka juga mahukan kegembiraan. Mereka mengharapkan belas ihsan. Mereka perlukan kasih sayang.

Tapi tak apa.

Jika manusia tidak mahu berikan apa yang mereka perlukan. Tolong jangan sakiti mereka. Jangan tendang mereka. Jangan siram air panas kepada mereka. Jangan pukul mereka. Jangan pijak mati mereka. Jangan tangkap mereka dan bunuh mereka.

Biarkan mereka harungi hidup.

Mereka ada keluarga dan kehidupan. Mereka tidak merampas tanah manusia. Mereka tidak perlukan wang ringgit. Mereka tidak akan bersaing dalam perniagaan manusia. Mereka tidak merebut jawatan apa-apa.

Cuma mereka akan datang kepada manusia kerana mengharapkan sisa makanan lazat yang tidak habis dijamah. Mereka hanya tahu makan apabila perut lapar. Selesai kenyang mereka berlalu pergi jalani hidup bersama teman dan keluarga mereka semula.

Itulah rutin mereka seharian. Mereka adalah kucing jalanan. Kongsikan sedikit ruang dunia bersama mereka.

Bantu kami. Jangan tangkap dan bunuh mereka!

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.