Go

Anjing Kini Bukan Satu Hal Yang Taboo. Persepsi Hi..

 




Anjing kini bukan satu hal yang taboo. Persepsi hinanya anjing dikalangan masyarakat Melayu tidak perlu lagi wujud. Anjing juga boleh bergerak bebas bersama masyarakat sewaktu ada keramaian dan kenduri-kendara.

Dakwaan sesetengah pihak mengatakan bahawa Animal Malaysia hanya memperjuangkan nasib kucing adalah salah sama sekali. Ini antara bagaimana Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika menjadikan anjing mampu diterima di kalangan penduduk kawasan kampung yang terdiri daripada majoriti masyarakat Melayu dan Islam.

Namun batasan agama tetap dituruti tetapi tidaklah menafikan hak anjing sebagai haiwan yang punya perasaan. Anjing asal jalanan ini diberi tugas menjaga kawasan kediaman dan keselamatan penghuni.

Animal Malaysia menyeru semua pihak membuka jiwa, mata dan minda mengenai anjing jalanan supaya tidak berterus-terusan memandang hina dan menjadikan alasan anjing haiwan najis sebagai sentimen membenarkan anjing didiskriminasi. Malah persepsi anjing garang dan memusaratkan juga perlu diperbetulkan. Persepsi negatif ini membawa ke tahap berlakunya kezaliman seperti pembunuhan secara racun dan memukul hingga anjing parah.

Bumi ini diciptakan untuk dikongsi bersama semua makhluk termasuk ada iblis dan jin didalamnya. Cuma bagaimana cara dan kaedah manusia yang diiktiraf khalifah oleh tuhan untuk mentadbirnya supaya tidak berlaku penganiayaan terhadap makhluk lain oleh manusia yang berakal.

Terima kaseh Presiden Animal Malaysia!

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.