Go

Usaha Berterusan Kami Dalam Memperkasa Komuniti, K..

 


Usaha berterusan kami dalam memperkasa komuniti, khususnya golongan wanita kampung yang merupakan suri rumah sepenuh masa telah menarik minat pihak lain bagi berkolaberasi dan lebih menjayakan usaha ini.

Program Latihan Kemahiran (Jahitan Kreatif A to Z) merupakan sebahagian daripada Program Pembangunan Usahawan Industri Komuniti Kampung dimana seramai 20 peserta telah menjalani kursus intensif selama enam hari. Tujuan kursus ini dijalankan adalah bagi memberi pengenalan, cara pengendalian mesin jahit dan latihan teknik jahitan kepada peserta yang tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang jahitan.

Kami amat berbangga melihat peningkatan dari segi keyakinan diri dan kebolehan peserta dalam menghasilkan beberapa produk sepanjang enam hari tersebut. Kursus ini hanyalah batu loncatan bagi menyediakan dan memperkasa para suri rumah sepenuh masa untuk menjadi ushawan yang berjaya.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Yayasan Bank Rakyat dan syarikat Mostwell Sdn. Bhd. yang turut menjayakan usaha ini.

 

avatar

Turtle Conservation Society

The Turtle Conservation Society of Malaysia was established in October 2011. The aim of the society is to bring about the recovery of depleted wild populations of turtles, with particular reference to freshwater turtles, in Malaysia through partnerships with like-minded organizations, individuals and local communities as well as through its own programs.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.