Go

Spice For Life Bridging People With Nature (Bahasa Malaysia)

 



Lada merupakan salah satu tanaman utama di Sarawak. Negeri ini mengeluarkan hampir 98% hasil keseluruhan lada di Malaysia. Oleh sebab itu, lada menjadi tanaman pilihan utama di sini dengan lebih kurang 67,000 penduduk luar bandar di kawasan tanah tinggi menanam tumbuhan ini.

.

Namun begitu, amalan penanaman tidak mampan boleh menyebabkan banyak impak negatif terutamanya kepada alam sekitar dan masyarakat setempat. Dua masyarakat Iban di Song, Sarawak menyedari kepentingan amalan penanaman secara mampan dan berhasrat untuk memperbaiki amalan penanaman mereka.

.

WWF-Malaysia bekerjasama dengan mereka dengan membawa pakar ke rumah panjang mereka untuk menambahkan pengetahuan mereka terhadap amalan penanaman yang baik yang kemudiannya boleh membantu menambah hasil tumbuhan mereka tanpa memberikan tekanan tambahan kepada tanah dan alam sekitar.

#SustainableFarming #Pepper #Farmer #NewDealforNatureandPeople #Sarawak #Song #Katibas #Iban #PertanianMampan #Lada #Petani #Pekebun


Source: https://www.facebook.com/wwfmy/videos/1024321154690442/



 

avatar

WWF Malaysia

WWF-Malaysia is a national conservation trust that currently runs conversation projects covering a diverse range of environmental protection & nature conservation in Malaysia. Our mission is to stop the degradation of the planet's natural environment and to build a future in which humans live in harmony with nature.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.