Go

Hari Ini Ramai Yang Menjalankan Ibadah Korban Semb..

 



Hari ini ramai yang menjalankan Ibadah Korban sembelihan. Selain wajib memiliki Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) dan Permit Sembelihan yang boleh didapati di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah masing-masing. Kaedah dan teknik bermula dari tumbangan hingga sembelihan binatang mestilah tidak zalim. Penyembelih harus membaca dan memahami Garis Panduan Sembelihan Ternakan Korban supaya tidak berlaku perlakuan yang mendatangkan kezaliman terhadap binatang ternakan korban.

Video diterima Animal Malaysia Ini antara sebabnya penting sembelihan secara moden. Peserta ibadah Korban digalakkan dan sebaiknya diwajibkan menghantar binatang yang hendak dibuat ibadah korban ke rumah-rumah sembelihan berdaftar sama ada milik swasta atau milik Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS). Ia bertujuan menutup ruang kezaliman sewaktu kerja menyembelih yang bakal bersalahan dengan Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Jangan cemari niat baik ibadah dalam agama menjadi satu tindakan zalim dan menganiya binatang hanya kerana ibadah korban dijalankan oleh individu-individu tidak cukup ilmu sembelihan. Ibadah yang bertukar kezaliman seperti dalam video ini bakal mencacatkan ibadah yang asalnya murni dan suci.

Animal Malaysia mahu Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) turun padang memantau aktiviti sembelihan supaya ruang kezaliman dapat diperbetulkan dan diperbaiki. Ia boleh mengelakkan fitnah dan persepsi buruk penganut agama lain terhadap ibadah korban akibat tangan-tangan jahil yang tidak terlatih menguruskan binatang korban.

Duit permit diterima. Sebaiknya penguatkuasaan dijalankan.

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/3057775571537..



 



Facebook Comments


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Copyright © 2008 - 2020, PetFinder.my. All rights reserved.