Go

Perlakuan Ini Bukan Melatih. Ianya Lebih Kepada Me..

 



Perlakuan ini bukan melatih. Ianya lebih kepada membuli dan mendera Kera. Ia satu kaedah zalim yang melanggar Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. Di Negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu memelihara Beruk hanya untuk tujuan memetik kelapa sahaja dibenarkan dan masih ada Lesen Memelihara dikeluarkan okeh pihak PERHILITAN.

Namun apakah tujuan dan fungsi memelihara kera atau monyet yang tidak mampu bekerja untuk manusia seperti mana beruk. Kejadian ini dikesan berlaku di Kelantan. Mohon saksi tampil berikan maklumat lengkap kepada Animal Malaysia di Hotline Whatsapp +601120901097 mengenai keberadaan Monyet yang didera ini. Didapati mulut monyet cedera teruk dan berdarah kesan perbuatan bodoh pemilik ini.

Namun zaman moden kini. Sebaiknya Lesen Memelihara Beruk juga dikaji semula untuk memansuhkan pengeluaran Lesen kerana keperluan untuk menggunakan khidmat Beruk sebagai tenaga kerja pemetik Kelapa sudah tidak releven. Masih ada teknologi yang boleh digunakan bagi menggantikan khidmat memperhambakan binatang seperti Beruk.

England telah memboikot dan menghentikan import minyak kelapa dari Thailand ke negaranya sebagai membantah penggunaan Beruk sebagai pekerja pemetik kelapa di Thailand memandangkan terdapat teknologi penghasilan dan pemungutan buah kelapa. Ia bertujuan memaksa Thailand menghentikan perbuatan memanipulasi Beruk sebagai hamba kerja pemetik kelapa.

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/7128127429012..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.