Go

Demi Agenda Memperkasakan Kesedaran Haiwan Terutam..

 




Demi Agenda memperkasakan kesedaran haiwan terutama anjing dan kucing di seluruh negara. Animal Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan Terima Kasih kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) atas kesudian menjemput dan melibatkan Animal Malaysia dalam program anjuran DBP.

Mesyuarat pagi ini di Menara DBP adalah untuk menjayakan ‘Program Dekad Membaca Kebangsaan’ mengenai kesedaran haiwan diketuai oleh pihak DBP Tuan Haji Mohd Salahuddin bin Dato’ Paduka Mohamed Ketua Bahagian Promosi dan Pengiktirafan bersama Pegawainya Encik E Pian A/L Pro Poul dan Puan Norfaranieza binti Muhd Ariffin.

Animal Malaysia pula diketuai Presiden Arie Dwi Andika, Timbalan Presiden Puan Mariam Zadai, Ketua Negeri Selangor Puan Azeanti Mohd Nor dan Exco – Unit Animal Supporter Puan Amirah Amran dan Wakil Exco Puan Mazy.

Semoga pelbagai program kesedaran mengenai haiwan jalanan terutama anjing dan kucing dapat dibina melalui saluran bacaan dan bahan pendidikan bagi melahirkan masyarakat celik kebajikan haiwan.

Animal Malaysia berharap satu perubahan dalam sistem bacaan di negara ini bakal berubah dengan memasukkan elemen kebajikan haiwan dan hak haiwan.

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.