Go

Kejadian Pukul Secara Kejam Seekor Buaya Sesat Di ..

 



Kejadian pukul secara kejam seekor buaya sesat di pantai adalah satu jenayah haiwan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 jika ia berlaku di Semenanjung Malaysia.

Namun jika ia dilakukan di Negeri Sarawak atau Negeri Sabah. Perlakuan ini boleh dikategorikan sebagai memburu buaya atas sebab lambakan haiwan liar pemangsa dianggap bahaya ini yang telah membaham ramai orang awam di sana. Ia dibenarkan mengikut Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 (Sarawak) dan Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 (Sabah).

Namun adalah sebaiknya jika orang ramai yang menemui haiwan liar kategori pemangsa seperti buaya yang dianggap bahaya supaya menghubungi badan berkuasa hidupan liar atau pihak berkuasa menyelamat seperti Bomba dan Angkatan Pertahanan Awam negeri masing-masing untuk bantuan menangani konflik haiwan liar dan manusia. Ia bagi mengelakkan tindakan sendiri yng menjurus kepada kezaliman.

Video perbuatan memukul kejam buaya pantai ini berlaku di Malaysia dan lokasi tepat tidak dinyatakan. Namun maklumat diterima Animal Malaysia ia berlaku di Pantai Teluk Budu, Besut Terengganu bukan satu yang boleh disahkan. Orang ramai yang kenal pelaku dan tahu lokasi diminta kongsikan maklumat ke www.wasap.my/+601120901097 untuk keadilan sang Buaya.

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/3845294759151..



 



Facebook Comments


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Copyright © 2008 - 2020, PetFinder.my. All rights reserved.