Go

Baby Pandan Akhirnya Pergi Menghadap Pencipta Sete..

 




Baby Pandan akhirnya pergi menghadap pencipta setelah 2 hari bertarung nyawa. Tuhan lebih menyayanginya dan penderitaan kesakitannya terhenti di sini.

Kisah Baby Pandan dilanggar lari oleh sebuah motorsikal diberi perhatian pada hari Jumaat lalu. Baby Pandan diselamatkan oleh seorang peniaga gerai roti canai di Desa Pandan bernama Pakcik Ishak. Ia mendapat perhatian Animal Malaysia selepas dihubungi Pakcik Ishak untuk minta bantuan bagi membiayai Baby Pandan untuk rawatan ke Vet.

Rujuk post kisah Baby Pandan :

https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1426338064240056/?d=n

Setelah cuba sedaya upaya memberikan rawatan terbaik. Disebabkan keadaan luka dalaman dan atas beberapa faktor. Akhirnya Baby Pandan tidak lagi mampu bertahan. Baby Pandan meninggalkan kita semua hari ini 29 November 2020 dalam keadaan tenang dan mengetahui kita semua berikhtiar untuk pastikan dia diberi yang terbaik.

Animal Malaysia mengucapkan ribuan terima kaseh atas bantuan orang ramai yang turut sama-sama mengambil bahagian membantu mendoakan, memberi bantuan kewangan dan cuba membahagiakan Baby Pandan. Namun setelah berusaha keras menyelamatkannya. Baby Pandan pergi menghadap Penciptanya.

Urusan bil rawatan akan difinalise dan diselesaikan dengan vet esok. Kutipan keseluruhan bantuan Baby Pandan mencecah RM1,600.00 sehingga semalam melebihi sasaran jangkaan keperluan RM1,000.00 pada waktu ia dibuka.

Baki kutipan yang ada akan digunakan untuk Tabung Makanan dan keperluan Stray yang lain. Terima kaseh rakyat Malaysia yang berniat membantu Baby Pandan. Semoga anda semua mendapat balasan baik dari tuhan atas niat kebersamaan memberikan kebahagiaan buat stray seperti Baby Pandan. Di pihak Animal Malaysia sendiri amat jarang membuka tabung rawatan stray kecuali atas permohonan bantuan penyelamat yang benar-benar diyakini memerlukan.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.