Go

Syor Syarikat Dapat Manfaat Hubungan Malaysia-China Jadi Penaja Panda | Berita Harian

 


PANDA ANTARA SEBAB ZOO NEGARA MELARAT?

Mana pergi syarikat-syarikat yang dapat manfaat daripada hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala Malaysia – China?

Masa inilah kongsikan keuntungan dan manfaat dengan untuk bantu Zoo Negara yang menempatkan Panda China. Sekali gus bantu kurangkan beban kewangan kerajaan untuk membiaya perbelanjaan Panda. Tanggungjawab ini adalah tanggungjawab bersama. Bukan sepihak.

Jika tidak sanggup. Pulangkan Panda. Tiada isu hubungan dua hala Malaysia – China terjejas. Hubungan dua hala ini telah lama terjalin sejak lebih 60 tahun dahulu ketika zaman Perdana Menteri Tun Abdul Razak Husin. Malaysia juga adalah rakan dagang China dan merupakan rakan dagang kedua terbesar negara selepas Amerika Syarikat. Semua ini terjalin sejak sebelum kedatangan si Panda.

Ini kerana :

1. Perjanjian Panda dibuat oleh Perdana Menteri dahulu Najib Razak dan merupakan merupakan sewaan. Ia hanyalah lambang hubungan peribadi Datuk Seri Najib Razak dengan pemimpin China ketika itu.

2. Perjanjian awal dahulu tidak mengambil kira pandangan rakyat mengenai kesan jangka panjang yang sememangnya telah dijangkakan bakal berlaku masalah seperti dilihat hari ini.

2. Kadar sewa mencecah RM1 juta setahun. Manakala Insuran tahunan Panda dianggarkan RM680,000 setahun.

3. Kos perbelanjaan Panda termasuk makanan, utiliti, tenaga kerja pengurusan panda dan kos perubatan yang tinggi sedangkan bantuan tahunan kerajaan RM1.3 juta juga bukan jumlah besar dan untuk menampung perbelanjaan Panda juga dianggarkan tidak mencukupi.

4. Zoo Negara seharusnya dibiarkan fokus usaha konservasi Hidupan Liar tempatan yang perlukan perhatian komprehensif.

5. Pembatalan perjanjian Sewa Panda dengan negara asal perlu dikaji semula dan mempunyai alasan kukuh dalam keadaan situasi ekonomi negara sekarang dan kekangan kewangan Zoo Negara.

6. Panda yang disewa perlu dikembalikan semula ke negara asal selepas tamat tempoh perjanjian sewa.

7. Anak-anak Panda yang lahir sepanjang tempoh penyewaan di negara ini juga perlu diserahkan kembali ke negara asal selepas cukup tempoh matang.

8. Malaysia tidak mendapat apa-apa manfaat melainkan sebagai usaha ambil hati pemimpin negara China sahaja ketika itu.

Bijakkah keputusan membawa Panda ke negara ini ?

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/760822/syor-syarikat-dapat-manfaat-hubungan-malaysia-china-jadi-penaja-panda



KUALA LUMPUR: Syarikat yang mendapat manfaat daripada hubungan Malaysia-China disaran menjadi penaja bagi menanggung kos penjagaan tiga ekor panda di Zoo Negara.

Source: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/760822/sy..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.