Go

Taman Kucing Dungun Adalah Satu Inisiatif Kepeduli..

 



Taman Kucing Dungun adalah satu inisiatif kepedulian Pihak Berkuuasa Tempatan (PBT) Majlis Perbandaran Dungun (MPD) untuk membela nasib kucing jalanan yang ditangkap di Pasar, hentian bas dan tempat awam sekitar daerah dungun.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu turut membantu usaha MPD dengan kerjasama rawatan terhadap kucing yang tidak sihat. Pemandulan juga merupakan asas utama pengawalan populasi daripada pembiakan berterusan.

Orang ramai di daerah Dungun boleh memohon mengambil kucing sebagai haiwan peliharaan di Taman Kucing Dungun sebagai satu usaha membantu menyokong usaha Taman Kucing Dungun sebagai transit kucing jalanan. Cuma diharapkan juga penduduk di Dungun tidak mengambil kesempatan membuang sewenang-wenangnya kucing peliharaan di tempat ini. Apatah lagi golongan penternak kucing yang degil tidak mahu memandulkan kucing peliharaan hingga beranak pinak. Tempat ini untuk kucing jalanan. Bukan kucing peliharaan ternakan.

Tahniah Majlis Perbandaran Dungun dan terima kaseh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu atas usaha baik ini. Animal Malaysia menghargai usaha murni begini dan semoga usaha satu rumah adopt seekor kucing bakal menyelesaikan lambakan kucing jalanan disini satu hari nanti.

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/1889021861235..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.