Animal Malaysia Civet Centre Merupakan Projek Pert..
Tweet |
Animal Malaysia Civet Centre merupakan projek pertama pemuliharaan dan konservasi Musang di negara ini yang sedang dibangunkan Animal Malaysia bagi membantu nasib Musang sebagai haiwan yang sering terpinggir di bandar-bandar.
Habitatnya kini banyak di dalam kawasan industri, perumahan dan di tengah bandar. Sering kali ditemui berkeliaran di atas kabel elektrik dan siling bumbung bangunan di tengah bandar.
Musang merupakan satu spesis haiwan liar yang dilindungi dalam Jadual Pertama Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. Tanpa disedari spesis Musang Pulut ( Paradoxurus Hermaphroditus ) paling banyak tercedera dan anak terbiar akibat kehilangan ibu.
Selain itu haiwan liar ini dipelihara sewaktu kecil dan comel. Tetapi pemilik Musang tidak lagi sanggup memeliharanya apabila telah dewasa atau faktor lain. Kemanakah pengakhiran Musang? Jika Musang berpemilik dibuang begitu sahaja di hutan akan membahayakan nasib diri dan nyawa Musang akibat masalah meneruskan hidup kerana telah lama hidup di kalangan manusia.
Bersama membantu Animal Malaysia menjayakan pembangunan kewujudan Pusat Musang ini atau lebih dikenali sebagai Animal Malaysia Civet Centre. Ia bertujuan memulihara dan meliarkan musang sebelum dilepas ke habitat asal yang sesuai untuknya.
Animal Malaysia Civet Centre akan didokumentarikan kepada orang awam selepas siap sepenuhnya.
Sesiapa yang mahu bersama menjayakan pembinaan Pusat Musang ini boleh terus bank in atau transfer ke akaun berikut :
Nama Akaun : PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA
No. Akaun : 8604048212
Nama Bank : CIMB ISLAMIC BANK BERHAD
Swift Code : CTBBMYKL
Reference : CIVET FUND
Atau klik untuk sumbangan online :
https://animalmalaysia.com/contribution/
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments