Go

Animal Malaysia Menerima Pelbagai Gambar Menyayat ..

 




Animal Malaysia menerima pelbagai gambar menyayat hati kesengsaraan haiwan terutama foto kematian kucing dan anjing yang lemas akibat banjir. Namun tidak satu pun sanggup disiarkan kerana kesadisan cara kematian yang menyedihkan.

Saban tahun masalah banjir tidak pernah ada solusi penyelesaian. Pelbagai pelan pembangunan dibentangkan oleh pemaju dan kerajaan namun tidak satu pun pembangunan dilengkapi Pelan Kontigensi Banjir atau Pelan Mengatasi Banjir yang didengari rakyat.

Hakikatnya setelah 64 tahun kemerdekaan. Kebanggaan negara pesat membangun hanya sedap didengar namun pembangunan itu perlu dinikmati dengan kesengsaraan menanggung banjir.

Berapa ramai sangat yang menikmati limpahan bangunan tinggi melampai dan penebangan hutan balak? Hanya beberapa kerat ahli konglomerat dan taikun bersenang lenang hasil perogolan hutan balak. Namun berapa ramai pula rakyat harus menanggung derita sengsara akibat ketamakan golongan penebang hutan ini?

Hinggakan ada mangsa mati lemas. Ibu bapa terpaksa hilang anak. Anak kehilangan bapa. Suami berpisah dengan isteri. Isteri menjadi janda kematian laki. Anak-anak menjadi yatim piatu. Sedangkan tukang lulus pembalakan, tukang potong balak dan pedagang balak kini di tilam empuk menikmati hasil percuma daripada kesengsaraan balak.

Profession penebang, penjual, pedagang dan pemberi lulus balak seharusnya dipandang hina dan dilihat sebagai kerjaya dan bidang perniagaan hina dina. Kerana golongan penyangak balak inilah. Negara menikmati kesengsaraan. Binatang liar pupus ditelan ketandusan habitat. Haiwan lain juga jadi mangsa akibat tidak berupaya selamatkan diri.

Masyarakat harus pandang Kerjaya dan perniagaan pembalakan adalah satu jenayah perbuatan keji dan jijik dalam masyarakat setanding pengedaran dadah!

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.