Go

Harimau Malaya Disyaki Cedera Parah Di Kesan Dalam..

 


Harimau Malaya disyaki cedera parah di kesan dalam sebuah ladang kelapa sawit. Sumber tidak rasmi mengatakan video ini diambil di Felda Kerteh 3, Kerteh Terengganu baru-baru ini.

Disyaki Harimau Malaya dewasa ini mengalami kecederaan parah di kakinya yang terkena jerat dan mengakibat dia tidak dapat melarikan diri sewaktu dihampiri.

Mana-mana penduduk yang menemui kes sebegini adalah dinasihatkan menghubungi segera PERHILITAN negeri untuk mendapatkan bantuan menyelamat.

Elakkan menghampiri Harimau Malaya yang sedang sakit atau tercedera seperti dalam video ini untuk mengelakkan Harimau Malaya menjadi stress akibat perasaan terancam dan ketakutan. Di samping itu juga menjauhkan kejadian tidak diingini seperti serangan harimau tanpa diduga yang boleh mengakibatkan kecederaan parah atau kematian.

Animal Malaysia memohon kepada individu yang merakam video ini dan mana-mana penduduk Felda Kerteh 3 supaya tampil mengesahkan kejadian dan memberikan maklum balas kepada pihak berkuasa berkenaan penemuan Harimau Malaya ini. Ia sebagai langkah berjaga-jaga dan membolehkan tindakan menyelamat nyawa harimau segera dilakukan.

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

 



Facebook Comments


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Copyright © 2008 - 2021, PetFinder.my. All rights reserved.