Go

Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia. Di Malaysia..

 




Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia!

Di Malaysia, tema bagi sambutan Hari Wanita 2021 ialah “Wanita Bangkit Mendepani Cabaran.”

Tema ini memberikan gambaran yang tepat buat golongan puan-puan di Kg. Pasir Gajah, Kemaman, Terengganu.

Tahun lepas, pandemik COVID-19 datang melanda tanpa amaran. Ramai yang kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan. Masalah kewangan meyelubungi rumahtangga.

Tetapi buat semua wanita di dalam gambar, mereka tidak rela duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa. Mereka mencari ikhtiar untuk membantu meringankan beban menanggung keluarga. Mereka menyertai program pemerkasaan wanita yang dianjurkan oleh Persatuan Tuntung kami.

Ramai yang tidak mahir menjahit, tetapi mereka tidak pernah putus asa. Setiap kali diminta cabut benang dan jahit semula, mereka tetap lakukan yang terbaik.

Berkat usaha puan-puan yang tak pernah mengenal penat lelah, dan juga doa dari ahli keluarga masing-masing, insyaAllah, puan-puan berjaya menjana lebih daripada RM30,000 dalam bentuk upah jahit sepanjang tahun 2020.

Bagi kami, inilah maksud disebalik tema tahun hari ini #WanitaBangkitMendepaniCabaran.

#WanitaWajaNegara #HariWanita2021 #IWD2021 #ChooseToChallenge #empoweringwomen

Source: https://www.facebook.com/TurtleConservationSocietyofMalaysia..



 

avatar

Turtle Conservation Society

The Turtle Conservation Society of Malaysia was established in October 2011. The aim of the society is to bring about the recovery of depleted wild populations of turtles, with particular reference to freshwater turtles, in Malaysia through partnerships with like-minded organizations, individuals and local communities as well as through its own programs.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.