Go

Pembunuh Pemenggal Kepala Dua Beranak Kucing Dibur..

 




PEMBUNUH PEMENGGAL KEPALA DUA BERANAK KUCING DIBURU

Pembunuhan ngeri dua ekor anak-beranak kucing dengan memenggal kepala pada 9 Mac 2021 masih dalam perhatian Animal Malaysia.

Hari ini setelah tiga hari kes berlalu tanpa berjaya jejak pelaku. Animal Malaysia sudi tawarkan ganjaran bernilai RM2,000.00 kepada mana-mana individu yang ada maklumat pelaku dan sudi menjadi saksi utama kes pembunuhan ibu dan anak kucing ini.

Lebih menyedihkan setelah membunuh dengan memenggal dua beranak kucing ini, bangkainya sengaja disorokkan dalam pasu bunga yang ditelangkup untuk mengelakkan perbuatan zalim disedari orang ramai.

Penduduk di Sri Sunway Apartment, Puchong Selangor yang mengetahui pelaku diminta segera salurkan maklumat supaya pembunuh zalim ibu dan anak kucing berjaya diterajang ke penjara. Hukuman menanti pelaku ada penjara maksimum tiga tahun dan denda maksimum RM100,000.00 jika berjaya disabitkan kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Saluran maklumat lengkap boleh tujukan ke www.wasap.my/+601120901097 segera atau ke https://animalmalaysia.com/report-animal-crime/

Maklumat pengadu adalah rahsia di tangan Animal Malaysia.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.