Go

Budak 11 Tahun Parah Diserang Anjing Liar Tindakan..

 




BUDAK 11 TAHUN PARAH DISERANG ANJING LIAR : TINDAKAN MENANG-MENANG PERLU SEGERA DIAMBIL PIHAK BERKUASA DEMI KEADILAN KEDUA-DUA PIHAK

Animal Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga kanak-kanak bernama Syuqina Rifqa berumur 11 tahun yang menjadi mangsa serangan sekumpulan anjing liar di kawasan rumah mereka di Seksyen 2 Wangsa Maju Kuala Lumpur pada petang semalam kira-kira jam 5.30 petang.

Kejadian hari pertama Ramadan ini berlaku secara tidak diduga. Mengikut keterangan ibu mangsa Norhafizah, 41 tahun. Serangan berlaku apabila mangsa cuba mempertahankan arnab peliharaan dalam sangkar di kawasan rumahnya daripada serangan anjing liar tersebut. Namun malangnya mangsa diserang dan digigit sehingga cedera parah di kepala, lengan kiri, betis kaki kanan dan belakang badan.

Insiden serangan demi serangan oleh anjing liar terhadap manusia kerap berlaku akhir-akhir ini dan menimbulkan konflik antara masyarakat dengan anjing jalanan. Akibatnya sentimen ‘benci anjing’ wujud kerana masalah yang berlarutan begini.

Antara punca dikenal pasti masalah serangan begini adalah akibat perbuatan tidak bertanggungjawab pemilik yang masih melakukan ‘illegal dumping’ atau pembuangan anjing yang tidak dikehendaki lagi.

Selain itu anjing peliharaan pemaju perumahan dan pemilik perindustrian yang asalnya digunakan untuk menjaga kawasan dibiarkan bergelimpangan apabila kawasan pembinaan telah siap dan kawasan industri tidak lagi beroperasi. Akibatnya anjing menjadi liar dan bertebaran kerana kebuluran.

Oleh itu satu tindakan drastik oleh pihak berkuasa perlu diambil segera dan pemantauan demi pemantauan amatlah diperlukan seperti menguatkuasakan Lesen Pemilikan Anjing Peliharaan malah mewajibkan semua pemilik anjing bagi tujuan bukan pembiakan melakukan pemandulan terhadap anjing yang dimiliki daripada bebas membiak dan berakhir di jalanan.

Inilah antara tujuan penguatkuasaan pelesenan dijalankan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia bagi pengawalan populasi dan menjauhi insiden serangan anjing liar malah mengelakkan insiden kezaliman dan tindakan sendiri oleh masyarakat terhadap anjing liar yang menyalahi undang-undang.

Tindakan signifikan dan drastik perlu segera diambil demi keadilan untuk masyarakat dan nyawa anjing supaya situasi menang-menang dapat dicapai sekali gus menjadikan Malaysia sebagai negara Hak Asasi Manusia dan Haiwan terbaik dunia.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.