Go

Pihak Mana Yang Memandai-Mandai Mendakwa Virus Cov..

 




Pihak mana yang memandai-mandai mendakwa Virus Covid 19 pada kucing peliharaan di rumah boleh membawa jangkitan kepada pemilik?

Menaikkan poster menyeru orang ramai supaya melibatkan diri dalam kajian untuk yang diciptakan tidak salah. Apa yang salahnya ialah cara menerangkan menimbulkan kekeliruan dan membangkitkan keresahan terhadap pemilik kucing. Apatah lagi mengaitkan badan akademik utama negara.

Terkini Universiti Putra Malaysia mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatannya dan masalah Covid 19 yang dikatakan boleh berjangkit kepada pemilik kucing peliharaan.

Badan dunia haiwan iaitu World Organisation for Animal Health (O.I.E) juga telah lama mengesahkan bahawa haiwan peliharaan kucing dan anjing tidak boleh menularkan Virus Covid 19 kepada pemilik atau manusia lain.

Corona Virus yang ada pada kucing dan anjing bukanlah Covid 19.

Orang ramai dan para pemilik haiwan tidak perlu panik atau berasa cemas. Jalani hidup bahagia anda bersama haiwan peliharaan kesayangan seperti biasa. Mereka keluarga anda. Jangan biarkan mereka merempat dijalanan kerana berita tidak sahih begini!

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1550638758476..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.