Go

Beginilah Tidak Sehatnya Apabila Memelihara Beruk ..

 


Beginilah tidak sehatnya apabila memelihara beruk untuk tujuan kerja. Beruk bakal terima layanan pemeliharaan yang tidak mengikut spesifikasi kebajikan haiwan liar.

Negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu masih ramai mengamalkan budaya menjadikan beruk pekerja kebun untuk tujuan memetik kelapa. Ia didapati sudah tidak relevan pada hari ini memandangkan pelbagai alternatif jentera pertanian yang sudah berada di pasaran.

Video keadaan beruk peliharaan terikat rantai pendek di kawasan tidak bersesuaian begini diperolehi dalam laman Facebook Khairul Maziana. Tidak dinyatakan sama ada beruk peliharaannya atau sebaliknya. Namun memelihara beruk perlu memiliki lesen memelihara Jabatan Perhilitan. Berbeza dengan beruk liar di hutan.

Rujuk :

1. https://www.facebook.com/100061092729801/videos/172515341461556/

2. https://www.facebook.com/100061092729801/videos/172515681461522/

Beruk peliharaan perlu dipelihara mengikut hak kebajikan yang sepatut disediakan pemiliknya. Jika tiada kemampuan. Sebaiknya beruk dilepaskan di habitat semula jadi. Namun jika beruk jinak. Proses rehabilitasi perlu dilakukan sebelum beruk dilepaskan supaya beruk mampu menyesuaikan diri di alam sebenar.

Satu hal yang perlu diingatkan ialah memelihara beruk yang sudah tua sukar dijinakkan. Justeru pemilik baharu perlu menghantar beruk menjalani latihan kepada jurulatih beruk berpengalaman. Jika tidak, ruang kezaliman akan mula kelihatan dan boleh berlaku.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010



When this happens, it’s usually because the owner only shared it with a small group of people, changed who can see it or it’s been deleted.

 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.