Go

Ular Sawa Belit Kucing Ancaman Baharu Pelihara Sec..

 



[ ULAR SAWA BELIT KUCING ANCAMAN BAHARU PELIHARA SECARA OUTDOOR ]

Pemilik kucing peliharaan dinasihatkan supaya berhati-hati dengan ancaman keselamatan terhadap kucing yang berada di luar rumah.

Kemusnahan habitat semulajadi seperti hutan yang diteroka berleluasa menyebabkan haiwan liar pemangsa seperti ular sawa keluar mencari makan. Akibatnya kucing peliharaan berada di luar kawasan rumah bakal dibaham ular sawa.

Elakkan letak kucing di luar tanpa perlindungan utuh seperti sangkar yang boleh diterobos oleh ular sawa. Ular memiliki sifat fitrah memakan haiwan hidup yang lain untuk meneruskan kehidupan.

Sekiranya kawasan kediaman diceroboh ular. Hubungi segera pasukan penyelamat seperti Jabatan Perhilitan, Angkatan Pertahanan Awam (APM) atau Bomba bagi menangkap dan memindahkan ular ke habitat baru yang sesuai. Jauhkan diri daripada membunuh reptilia ini jika tidak mengancam nyawa.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010


Source: https://www.facebook.com/malaysiaanimalassociation/videos/86..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.