Go

Tiada Dasar Pengeluaran Lesen Memelihara Spesis Ke..

 



[ TIADA DASAR PENGELUARAN LESEN MEMELIHARA SPESIS KERA DAN MONYET UNTUK ELAK KEZALIMAN ]

Malaysia sudah tidak mengamalkan dasar pengeluaran lesen menyimpan atau memelihara spesis primate sama ada kera atau monyet pada masa ini walau pun dua spesis hanya tersenarai dalam Jadual Pertama.

Langkah ini sebagai usaha pihak berkuasa mengekang penyalah gunaan dan pengabaian pemilik terhadap kera dan monyet yang kerap berlaku pada masa ini yang sering berakhir dengan kezaliman seperti dalam video ini.

Justeru mana-mana pihak yang mendapati jiran, keluarga atau sahabat yang memiliki monyet atau kera hendaklah menghubungi Jabatan Perhilitan negeri masing-masing bagi membuat semakan sama ada kera atau monyet yang disimpan memilili kebenaran sah atau tidak.

Haiwan liar yang tersenarai dalam Jadual Pertama yang masih dibenarkan pelihara di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010 perlukan lesen daripada Jabatan Perhilitan. Manakala haiwan liar dalam Jadual Kedua pula memerlukan kelulusan khas menteri berkaitan untuk memiliki Permit Menyimpan Hidupan Liar.

Hentikan manipulasi dan kezaliman terhadap spesis primate seperti kera dan monyet yang makin menjadi-jadi kebelakangan ini. Anda mampu mengubahnya!

Bersama banteras jenayah haiwan. Kongsikan kes jenayah haiwan anda ke : www.animalmalaysia.com/report-animal-crime

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010


Source: https://www.facebook.com/malaysiaanimalassociation/videos/90..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.