Go

Agihan Siri Ke 2 Bantuan Kibbles Kepada Pemilik Ku..

 




[ AGIHAN SIRI KE 2 BANTUAN KIBBLES KEPADA PEMILIK KUCING MANGSA BANJIR HULU LANGAT, PUCHONG & TMN SRI MUDA ]

Tarikh : 24/12/2021

Masa : 11.00 Pagi hingga 2.00 Petang

Hari : Jumaat

Distribution Point :

1. NSK Taman Sri Muda, Shah Alam

2. Kg Sri Aman, Puchong

3. Batu 23 Kg Sg Lui, Hulu Langat

Sasaran dan fokus utama agihan adalah kepada pemilik kucing atau anjing yang terlibat banjir dan terkesan. Agihan ini bertujuan meringankan bebanan pemilik kucing atau anjing sementara keadaan kembali pulih.

Animal Malaysia merayu supaya hanya pemilik kucing atau pemilik anjing yang terkesan dan benar-benar terlibat banjir sahaja yang mengambil bantuan di Distribution Point ini memandangkan masih banyak lagi tempat terlibat banjir yang memerlukan bekalan makanan untuk haiwan peliharaan yang terputus bekalan.

Jumpa di lokasi dinyatakan. Pertukaran distribution point akan dimaklumkan dari semasa kesemasa. Pemilik anjing atau kucing di kawasan dinyatakan boleh kemukakan pertanyaan kepada whatsapp www.wasap.my/+60105394749

Animal Malaysia mengalu-alukan lebih banyak bantuan supaya bekalan kibbles dan pasir kucing dapat disalurkan kepada pemilik haiwan yang terjejas untuk meringankan bebanan mereka.

Destinasi bantuan yang disasarkan akan datang adalah Klang, Dengkil, Paya Jaras, Mentakab dan beberapa tempat dikenal pasti mempunyai haiwan peliharaan.

SILA MAKLUMKAN KEPADA SESIAPA YANG MEMPUNYAI HAIWAN PELIHARAAN KUCING & ANJING DI HULU LANGAT, PUCHONG DAN TAMAN SRI MUDA SHAH ALAM MENGENAI KEHADIRAN TEAM DISTRIBUTION ANIMAL MALAYSIA.

Terima Kasih Rakyat Malaysia!

Bersama banteras jenayah haiwan. Kongsikan kes jenayah haiwan anda ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.

Butiran peribadi pengadu adalah rahsia.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1694102180796..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.