Go

Kucing Anjing Turut Terjejas Dan Perlukan Bantuan ..

 




[ KUCING & ANJING TURUT TERJEJAS DAN PERLUKAN BANTUAN MAKANAN UNTUK KELANGSUNGAN HIDUP ]

Beginilah realiti keadaan haiwan peliharaan kucing dan anjing yang sempat dirakamkan ketika team Animal Malaysia turun mengagihkan bantuan makanan kucing & anjing kepada pemilik untuk haiwan comel ini.

Lokasi agihan semalam adalah di Batu 23 Sungai Lui Hulu Langat, Nanding Hulu Langat, Kg. Sri Aman Puchong, Puchong Perdana, Klang dan beberapa lokasi terpilih menggambarkan banyak kemusnahan teruk kediaman. Apatah lagi keadaan nyawa kucing dan anjing pasti banyak hanyut terkorban mati.

Kita sedaya upaya dengan kekuatan maksimum akan berusaha terus turun bantu mana yang termampu mengisi perut haiwan peliharaan pemilik yang terjejas banjir. Sekurang-kurangnya bantuan makanan ini mengatasi masalah pemilik berhadapan kucing atau anjing mereka yang lapar untuk tempoh sementara sewaktu bertungkus lumus membersihkan kediaman dan bermasalah kemusnahan kenderaan akibat terendam banjir.

Terima kasih Rakyat Malaysia, penderma makanan, team Animal Malaysia dan penduduk yang banyak membantu dan beri kerjasama selama misi ini dilakukan semenjak misi pertama dan misi kedua.

Seterusnya misi akan dilanjutkan untuk pemilik kucing dan anjing terjejas banjir di Bentong, Karak, Mentakab dan berapa daerah di Pahang yang kini berdepan kesulitan dan kesedihan.

Doakan kami gagah mengusahakan misi bantuan ini seterusnya!

ANIMAL MALAYSIA MEMERLUKAN LEBIH BANYAK BEKALAN MAKANAN KUCING KERANA LEBIH RAMAI PEMILIK KUCING TERJEJAS BANJIR DIKENAL PASTI!

Kongsikan rezeki dan kumpulkan bekalan makanan kucing dan anjing. Whatsapp ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1694972414043..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.