Go

Makluman Pemindahan Pejabat Animal Malaysia Ke Lok..

 




[ MAKLUMAN PEMINDAHAN PEJABAT ANIMAL MALAYSIA KE LOKASI BAHARU DIPANGGIL GALERI ANIMAL MALAYSIA BERKUATKUASA 1 JANUARI 2022 ]

Pemindahan ibu pejabat Persatuan Haiwan Malaysia kini sedang dilakukan secara berperingkat. Pemindahan mengikut jadual asalnya sudah tiga kali tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan diperkenalkan kali pertama tahun 2020 hinggalah tamat sepenuhnya pada bulan Mei 2021 yang turut menjejaskan kerja penambah baikan bangunan yang bakal di beri nama GALERI ANIMAL MALAYSIA atau ringkasnya GAM.

Galeri yang diusahakan dan diizin guna oleh Presiden sendiri ini bakal menjadi tempat aktiviti utama melibatkan :

1. Adoption drive

2. Penempatan kucing sakit dan tenat yang diselamatkan pasukan Animal Malaysia sendiri.

3. Ruangan latihan dan pendidikan

4. Tempat mesyuarat dan rangka aktiviti

5. Galeri Pameran dan penyelidikan untuk pelajar membuat kajian.

6. Galeri produk haiwan terpilih

7. Cafeteria sebagai kemudahan pengunjung berdiskusi mengenai haiwan

Sekali gus ia sebagai tempat aktiviti berkaitan haiwan setempat dengan kemudahan tempat letak kenderaan.

Waktu operasi cadangan adalah seperti berikut :

ISNIN – SABTU : 10.00 Pagi hingga 6.00 petang

AHAD : Tutup. Kecuali ada penganjuran majlis atau acara tertentu

Galeri Animal Malaysia (GAM) kini diperingkat akhir susunan perabot dan menaikkan signboard. Sehubungan itu juga Animal Malaysia mengalu-alukan mana-mana pihak memberi sumbangan sebanyak 100 sangkar baharu untuk tujuan kuarantin kucing sakit yang diselamatkan amat diperlukan segera.

Pertanyaan keperluan boleh diajukan ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1697624510444..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.