Go

Sengsara Minah Yem Hidup Terbiar Di Jalanan Kini B..

 




[ SENGSARA MINAH YEM HIDUP TERBIAR DI JALANAN KINI BERAKHIR DENGAN KELUARGA BARU ]

Nasib duka Minah Yem hari ini berakhir. Tamatlah sudah episod kehidupan terbuang Minah Yem di jalanan. Dia yang asalnya ditemui dalam keadaan kusut tidak terurus dan kurus kering di kawasan Jalan Klang Lama satu ketika dahulu ditempatkan di Galeri Animal Malaysia dan menjalani rawatan pemulihan mental serta fizikal.

Hari ini sepasang suami isteri dari Seri Kembangan, Selangor yang melawat Galeri tempat penginapan sementara Minah Yem memberi sinar baru kepada kehidupan akan datang untuk Minah Yem. Setelah mendengar kisah bagaimana penderitaan hidup Minah Yem dan bagaimana ia ditemui. Akhirnya pasangan ini tersentuh hati menerima Minah Yem sebagai keluarganya yang baharu.

Diharapkan keluarga baharu Minah Yem menjalankan tanggungjawab sepenuhnya menyambung sinar kebahagiaan hidup buat Minah Yem. Mari bersama mendoakan Minah Yem terus sihat dan menjalani hidup bahagia pada masa akan datang. Minah Yem dibekalkan dengan makanan Grain Free jenama Wana Cat keluaran Neco Cat Salmon sebagai ruji kebiasaan dia sepanjang tempoh tinggal di Galeri ini.

Terima kasih adopter!

Galeri Animal Malaysia membuka ruang adoption kepada sesiapa berhajat mengambil kucing sebagai peliharaan di rumah.

👍 Adoption dibuka

👍 Sukarelawan (volunteer) dialu-alukan

👍 Pengunjung & pelawat diraikan

👍 Bermain kucing sambil menikmati kopi lazat

👍 Dibuka setiap Selasa – Ahad ( 11.00 pagi – 6.00 petang )

#cat #kucing #galeri #animal #malaysia #adoption #stray #volunteer

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1769819389891..



 



Facebook Comments


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Copyright © 2008 - 2022, PetFinder.my. All rights reserved.