Go

Ramai Jadi Mangsa Sindiket Penipuan Penjualan Haiw..

 




[ RAMAI JADI MANGSA SINDIKET PENIPUAN PENJUALAN HAIWAN LIAR HARAM YANG KEMBALI BERLELUASA ]

Kebelakangan ini banyak iklan penjualan haiwan liar pelbagai spesis di media sosial dilaporkan. Terdapat juga pengiklan yang mengaku bekerja atau mempunyai kaitan dengan Persatuan Haiwan Malaysia untuk mempengaruhi dan menyakinkan orang ramai supaya berurusan dengan mereka.

Antaranya Facebook Muhammad Iwan Bakri (Iwan) yang mendakwa pekerja Persatuan Haiwan Malaysia di profile Facebook miliknya. Dia menjual spesis primate larangan penjualan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Semua pencinta haiwan diingatkan beberapa perkara berikut :

1. Persatuan Haiwan Malaysia adalah pertubuhan yang menyuarakan mengenai jenayah haiwan, hak dan kebajikan haiwan sama ada haiwan liar atau haiwan domestik di negara ini.

2. Persatuan Haiwan Malaysia tidak pernah dan tidak memiliki kedai haiwan peliharaan atau tiada aktiviti perniagaan melibatkan apa-apa jenis haiwan.

3. Kakitangan yang terlibat bekerja dengan Persatuan Haiwan Malaysia boleh disemak di senarai www.animalmalaysia.com/staff . Selain daripada itu boleh juga buat semakan mengenai mana-mana individu mengaku sebagai wakil atau dilantik Persatuan Haiwan Malaysia melalui hotline www.wasap.my/+60105394749 untuk pengesahan dakwaan mana-mana pihak.

4. Penjualan haiwan liar memerlukan lesen atau permit penjualan daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Department Of Wildlife & National Parks) (Perhilitan) . Mohon minta penjual mempamerkan lesen penjualan haiwan liar sebelum melakukan urusan jual beli untuk mengelakkan anda terlibat jenayah haiwan liar dalam urus niaga.

5. Jika penjualan haiwan domestik pula memerlukan lesen jualan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan mohon penjual haiwan domestik mengemukakan bukti lesen jualan sebelum berurus niaga dengan anda.

6. Penjualan haiwan secara online adalah salah dan tidak sah. Lesen kurungan dan penjualan haiwan hanya dikeluarkan kepada peniaga haiwan yang memiliki premis sah dan memiliki lesen Pihak Berkuasa Tempatan. Justeru untuk mengelakkan penipuan dan anda ditipu. Hentikan menyokong mana-mana penjualan secara online yang diragui dalam laman media sosial.

7. Laporkan kepada pihak berkuasa seperti pihak Polis, Perhilitan dan DVS sekiranya terlihat penipuan penjualan haiwan yang meragukan seperti dalam lampiran ini.

8. Laporkan halaman media sosial yang menjalankan aktiviti penjualan haiwan tanpa lesen dan meragukan seperti disyaki menipu kepada pentadbir halaman media sosial supaya akaun mereka dapat dipadamkan oleh pemilik laman media sosial.

9. Hentikan pembelian haiwan liar dan haiwan domestik di dalam laman sosial. Anda mungkin mangsa penipuan seterusnya. Anda mampu mengubahnya!

Pengurusan

Persatuan Haiwan Malaysia

Kuala Lumpur @ 15 April 2022

#perhilitan #DVS #PDRM #penipuan

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1771106366429..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.