Go

Galeri Animal Malaysia Mulai Terima Kehadiran Suka..

 




[ GALERI ANIMAL MALAYSIA MULAI TERIMA KEHADIRAN SUKARELAWAN LUAR ]

Animal Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada mana-mana kumpulan yang hadir mencurahkan idea dan tenaga bersama menguruskan galeri yang menjadi tempat perlindungan kucing serta anjing jalanan yang diselamatkan.

Selain aktiviti menguruskan kebersihan tempat penginapan kucing, sukarelawan didedahkan cara menguruskan kebersihan kucing dan memeriksa tahap kesihatan serta kecergasan kucing.

Saudara Lo Cheng Sheng mahasiswa Universiti Malaya tahun dua (semester 3) Ijazah Sarjana Muda Sains pengkhususan Fizik adalah antara sukarelawan yamg menabur bakti menguruskan kucing di Galeri Animal Malaysia baru-baru ini.

Setiap sukarelawan yang hadir berkhidmat di Galeri ini dianugerahkan sijil penghargaan sebagai mengiktiraf sumbangannya terhadap pengurusan haiwan yang berteduh di galeri milik Animal Malaysia ini.

#kucing #cat #dog #galeri #animals #malaysia #volunteer

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1772905266249..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.