Go

Asal Jalanan Saloma Kini Jadi Sebahagian Keluarga ..

 




[ ASAL JALANAN SALOMA KINI JADI SEBAHAGIAN KELUARGA PEGUAM ]

Baru sahaja dua minggu berada di Galeri Animal Malaysia Saloma dilamar oleh seorang jejaka yang tertarik untuk mengambilnya sebagai keluarga baharu.

Saudara Yap Teck Hui merupakan seorang peguam adalah pemilik yang amat dedikasi. Beliau baru sahaja kematian anjing kesayangan yang telah dipelihara oleh keluarganya selama lebih 16 tahun.

Cinta pandang pertama kepada Saloma terjadi sewaktu beliau melangkah masuk ke dalam halaman galeri dengan disambut girang oleh Saloma anjing yang penuh mesra dan bijak bergaul. Sikap manja dan bijak Saloma mengambil hati Saudara Yap dan seterusnya terus menyatakan hasrat untuk menjadikan Saloma keluarga baharunya.

Saloma ditemui di jalanan tanpa ibu oleh seorang rescuer turut memiliki saudara kandung yang juga penghuni di galeri bernama P.Ramlee. Bersama kita semua doakan semoga P.Ramlee turut mendapat keluarga baharu yang sama seperti Saloma dalam masa terdekat nanti.

#dog #anjing #galeri #animal #malaysia #adoption ##volunteer #stray

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1773538906186..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.