Go

Program Kucing Angkat Mps Usaha Mulia Wajar Dicont..

 




[ PROGRAM KUCING ANGKAT MPS USAHA MULIA WAJAR DICONTOHI ]

Penganjuran Program Kucing Angkat – We Love Cat oleh Majlis Perbandaran Selayang PADA 22 April 2022 dilihat sebagai satu usaha ihsan dan berkebajikan terhadap kucing jalanan sekali gus memberi peluang kepada 50 ekor kucing jalanan yang diuruskan oleh MPS menikmati peluang hidup kedua.

Program sebegini berjaya mencari keluarga baharu untuk kucing asal jalanan sekali gus mencipta kebahagiaan buat kehidupan sang kucing yang selama ini terbiar di jalanan.

Sewajarnya usaha murni MPS ini disambut baik oleh masyarakat sekitar pentadbiran MPS dengan menjadikan sebuah rumah dua ekor kucing sebagai keluarga. Selain memberi kehidupan baik buat kucing jalanan. Ia mampu menyelesaikan masalah lambakan kucing jalanan yang terdedah kepada risiko kemalangan, penyakit dan kesengsaraan kebuluran.

Terima kaseh kepada Yang Dipertua MPS Encik Mohd Yazid Sairi atas sokongan dan galakkan kepada usaha kebajikan haiwan. Tahniah dan perhargaan juga kepada Puan Norhayati binti Ahmad Pengarah Jabatan Sisa Pepejal & Kesihatan serta Encik Ahmad Fauzi Timbalan Pengarah Jabatan Korporat MPS atas kesungguhan usaha menjayakan program yang disanjungi pencinta haiwan khususnya kucing.

Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika bersama Puan Sue Mayang Pengasas Shelter Sayang-Sayang Kitten Garden turut bersama turun ke program ini sebagai menzahirkan sokongan kepada usaha murni MPS. Tahniah MPS!

#kucing #cat #adoption #MPS #malaysia #animalmalaysia

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1776956095844..



 



Facebook Comments


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Copyright © 2008 - 2022, PetFinder.my. All rights reserved.