Go

Adakah Wajah-Wajah Ini Juga Dapat Menjaga Kesihata..

 




Adakah wajah-wajah ini juga dapat menjaga kesihatan sendiri, merawat diri apabila sakit, berdikari cari makan sendiri hidup di jalanan, pasar dan gerai-gerai makan seperti kata sesetengah golongan yang mendakwa kucing mampu cari makan sendiri jika dibuang atau bahasa lembutnya dilepaskan tanpa belas kasihan?

Kerana itu juga Akta Kebajikan Haiwan 2015 memperuntukkan hukuman berat kepada pembuang kucing sesuai dengan negara menuju kepada kesedaran menghargai haiwan seperti kucing dan anjing.

Di Galeri Animal Malaysia menawarkan adoption untuk kucing yang telah dibantu dan dirawat dengan sempurna serta telah dimandulkan bagi kucing dewasa. Jadikan mereka sebagai sebahagian keluarga dengan konsep satu rumah dua ekor kucing.

Animal Malaysia menyokong penuh usaha dan ketegasan Jabatan Perkhidmatan Veterinar menguatkuasakan hukuman penjara minimum 1 tahun dan maksimum 3 tahun serta denda minimum RM20,000 hingga maksimum RM100,000 terhadap penjenayah haiwan yang sewenangnya membuang kucing peliharaan di jalanan.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/05/10/more-bite-for-veterinary-officers-to-act-against-those-dumping-pets/

Galeri Animal Malaysia dibuka setiap hari Selasa hingga Ahad dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang untuk menerima kunjungan orang ramai. Sukarelawan juga dialu-alukan.

#kucing #cat #adoption #galeri #animal #malaysia #volunteer #dvsmalaysia #animalmalaysia

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1789461084594..



 



Facebook Comments


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Copyright © 2008 - 2022, PetFinder.my. All rights reserved.