Go

Pelbagai Soalan Demi Soalan Diterima Animal Malays..

 




Pelbagai soalan demi soalan diterima Animal Malaysia mengenai Galeri Animal Malaysia memandangkan ramai masih bertanya keberadaanya.

Galeri ini merupakan kompleks baharu yang berperanan sebagai rumah sementara kucing-kucing diselamatkan dan diberi peluang hidup kedua. Galeri ini menetapkan jumlah maksimum 100 ekor kucing dalam satu-satu masa dan amat mengharapkan penyertaan masyarakat mengadopsi kucing yang ada sebagai menghidupkan objektif satu rumah 2 ekor kucing. Pengawalan angka jumlah penghuni digeleri ini adalah langkah keselamatan pengawalan penyakit berjangkit.

Galeri Animal Malaysia sebuah entiti bernaung di bawah Persatuan Haiwan Malaysia dan terbuka kepada orang ramai setiap hari Selasa hingga Ahad dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang. Galeri ini bertempat di :

No.5 Jalan Balam

Taman Million

51100 Kuala Lumpur

Mempunyai 3 sangkar utama iaitu :

🏫 Sangkar A – Menempatkan kucing yang sedia diadopt oleh orang ramai.

🏫 Sangkar B – Menempatkan kucing sakit yang telah sembuh dirawat dan menunggu waktu pemandulan serta untuk didandan sebelum layak dibuka untuk adoption

🏫 Sangkar C – Sangkar kuarantin dan menempatkan kucing sakit yang diselamatkan, dirawat sehingga sembuh sebelum fit untuk ditukar ke sangkar B

Galeri Animal Malaysia terbuka kepada orang ramai hadir untuk :

😻 Adoption Kucing

πŸ“– Latihan Profesional Dandanan Kucing

πŸ“šLatihan Pengurusan Kucing

βœ… Sukarelawan Pengurusan Aktiviti, Penjagaan dan Pembersihan Kucing.

β˜• Mengopi sambil bermanja dan bermesra dengan Kucing di Animal Cafe yang disediakan.

Mana-mana badan korporat yang mahu membuat kolaborasi program kesedaran atau program kebajikan di galeri ini amatlah dialu-alukan. Manakala mana-mana pihak yang mahu menganjurkan program berkaitan haiwan turut dialuSemua pertanyaan mengenai kolaborasi aktiviti boleh terus whatsap www.wasap.my/+60105394749 atau email ke malaysiaanimalassociation@gmail.com

Sebarang bantuan barangan kucing boleh disalurkan terus ke galeri manakala sumbangan kewangan boleh disalurkan ke :

Nama Akaun : PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA

No. Akaun : 8604048212

Nama Bank : CIMB Bank Berhad

Reference : Galeri

#cat #kucing #galeri #animal #malaysia #adoption #volunteer

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1790185287855..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.