Go

Cinta. Kasih. Sayang. Duka. Lara. Lima Anak Berusi..

 




Cinta

Kasih

Sayang

Duka

Lara

Lima anak berusia sekitar empat bulan kini berada di Galeri Animal Malaysia. Mereka berlima antara 15 kucing milik seorang wanita tua yang telah dihalau oleh pemilik rumah kerana kegagalan membayar sewa rumah tertunggak 9 bulan. 5 ekor yang lain sudah dimandulkan dan Baki 5 ekor kucing lagi dalam senarai menunggu pemandulan.

Animal Malaysia membantu urusan merelokasi kucing-kucing ini tanpa sebarang caj dan kos dikenakan kepada wanita pemilik kucing-kucing malang ini. Memastikan kucing-kucing ini ada tempat transit sementara menunggu adopter baru yang sudi ambil mereka menjadi sebahagian keluarga.

Mereka akan disajikan dengan makanan apa yang ada di galeri sementara boleh bersama keluarga baharu akan datang.

Sehingga kini Galeri Animal Malaysia sedang dalam perancangan memandulkan 25 ekor kucing sebelum boleh dibuka untuk adoption.

Sesiapa berminat menjadikan Cinta, Kasih, Sayang, Duka dan Lara sebagai sebahagian keluarga. Boleh walk in datang ke Galeri Animal Malaysia untuk adopt mereka selepas urusan vaksinasi, deworm dan deflea dilakukan. Kos kesihatan ditanggung sendiri oleh adopter untuk meringankan bebanan kos sedia ada.

Syarat utama adopter adalah :

1. Bekerja / berniaga tetap atau pendapatan stabil yang jelas.

2. Tidak memiliki banyak kucing.

3. Penyayang walau tidak romantik.

Terus walk in ke Galeri Animal Malaysia, No.5, Jalan Balam, Taman Million, 51100 Kuala Lumpur.

Dibuka setiap hari 11.00 pagi hingga 6.00 petang.

#cat #kucing #straycats #adoption #galeri #animal #malaysia #animalmalaysia

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1795144840692..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.