Go

Suasana Waktu Hujan Penghuni Di Sangkar A - Adopti..

 




Suasana waktu hujan penghuni di Sangkar A – Adoption dan penghuni Sangkar B – Recovery. Mereka semua sedang berehat sambil menikmati hidup yang tiada gangguan. Mereka semua selamat di sini dan sebahagia mereka adalah penghuni yang diselamatkan di tepi jalan. Sebahagian mereka pula diserahkan pemilik secara percuma kepada pihak Galeri Animal Malaysia atas faktor alasan yang dapat diterima.

Apa pon keadaan mereka. Sebahagian besar Mereka perlukan pembelaan seperti rawatan kesihatan dan pemandulan.

Sesiapa berminat untuk adopt mereka boleh hubungi pihak galeri yang terletak di bawah pengurusan *MAA Animal Care* melalui lawatan secara walk in di :

Galeri Animal Malaysia

No.5, Jalan Balam

Taman Million

51100 Kuala Lumpur

Atas permintaan dan pertanyan orang ramai mengenai adoption dan serahan. Mulai 23/05/2022 Sumbangan *ADOPTION* dan *SURRENDER* (apa jua alasan terpaksa serah) ditetapkan pihak pengurusan setelah mengambil kira kos pengurusan pekerja pembersihan, penjaga, rawatan kesihatan dan pemandulan (bagi yang sakit dan diselamatkan masih belum mandul) serta kos operasi tempat.

Sumbangan *ADOPTION* bagi seekor kucing dewasa atau kitten ditetapkan :

1. Kucing yang menetap kurang 14 hari = RM150.00

2. Kucing yang menetap melebihi 14 hari = RM250.00

*Hanya kucing dewasa yang telah dimandulkan sahaja layak dibuka untuk adoption*

Sumbangan *SURRENDER* pula bergantung kepada dua kategori iaitu :

1. Kucing telah dimandulkan & vaksin = *RM100.00*

2. Kucing belum dimandulkan & belum vaksin = *RM250.00*

Sebagai membuktikan pemandulan dan vaksinasi telah dibuat oleh pihak penyerah. Setiap *SERAHAN* perlu kemukakan kepada pengurusan Galeri Animal Malaysia kad vaksinasi masih sah dan surat perakuan pemandulan yang dikeluarkan oleh veterinar bertauliah yang menjalankan kerja vaksinasi dan pemandulan kucing yang dihantar disiri. Serahan hanya diterima setelah berpuas hati alasan terpaksa serah dan sekiranya terdapat kekosongan kuota penempatan di Galeri Animal Malaysia.

Kucing-kucing di Galeri Animal Malaysia diberi ubat cacing dan pemeriksaan kesihatan veterinar secara berkala, makanan harian Super Premium All Lifes Stages Diet Kitten, Adult & Senior Cat Buttons and Bows Malaysia dan menggunakan pasir tofu Izzlisha Majesty – Cat Litter, Cat Hotel & Spa demi penjagaan berkualiti, bersih, selamat dan sihat.

Galeri Animal Malaysia menyediakan tempat perlindungan selamat dan berkualiti untuk anda yang mementingkan keselesaan buat kucing jalanan yang diselamatkan sendiri oleh pihak galeri dan kucing serahan yang dihantar oleh penyerah.

#animalmalaysia #cat #kucing #adoption #galeri #animal #malaysia #donation

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1798720703668..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.