Go

Kucing Ini Diselamatkan Di Sebuah Kawasan Perumaha..

 




Kucing ini diselamatkan di sebuah kawasan perumahan flat awam di Bangsar Kuala Lumpur. Dia dibawa pulang setelah seorang penyelamat menyedari kotak ini telah beberapa hari terbiar berhampiran sebuah kawasan tong sampah. Malangnya setelah diperiksa kotak yang terbuka ini penyelamatnya mendapati terdapat seekor kucing jantan lumpuh dan dipercayai patah pinggang.

Hasil pemeriksaan juga memperlihatkan kucing diberi nama Bang Sa ini begitu bersih dengan telinga menegak seperti dia kucing berbaka campuran dan ada pemilik sebelum ini memandangkan kondisinya yang kemas dan rapi.

Pinggangnya yang patah juga tiada tanda-tanda kemalangan namun boleh diragukan jika kepatahan dan kelumpuhannya mungkin dianiaya secara pukulan atau dipijak pihak tidak bertanggungjawab.

Buat masa ini Bang Sa ditempatkan di Galeri Animal Malaysia untuk melindungi dan membantu memberi rawatan yang perlu buat Bang Sa. Sesiapa berniat mengambil Bang Sa sebagai anak angkat dan sudi memelihara Bang Sa sepanjang hayatnya boleh berhubung dengan Galeri Animal Malaysia.

Kongsikan kes jenayah haiwan ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1803784223162..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.