Go

Penyertaan Sukarelawan Yang Hadir Ke Galeri Animal..

 




Penyertaan sukarelawan yang hadir ke Galeri Animal Malaysia dari institusi pengajian tinggi semakin menggalakkan. Penuntut yang hadir bukan sahaja didedahkan cara pengurusan sangkar dan kucing tetapi paling penting adalah mendapat penerangan mengenai undang-undang haiwan, hak haiwan dan kaedah aduan, laporan jenayah haiwan dan memahami bidang kuasa kategori haiwan oleh setiap badan dan agensi berkaitan haiwan dalam satu siri penerangan dinamakan ‘Animal Talk’.

Penerangan mengenai kesedaran dan pengetahuan asas didedahkan kepada penuntut berkaitan penguatkuasaan undang-undang ini merupakan elemen wajib disediakan oleh Persatuan Haiwan Malaysia supaya mesej dan maklumat ini dapat disampaikan oleh peserta program kepada masyarakat luar setelah selesai program.

Terima kaseh kepada para penuntut Ijazah Sarjana Muda Kewangan & Pentadbiran Perniagaan Kolej Poly-Tech MARA dari Kolej Poly-Tech Mara – KPTM Bangi atas penyertaan, sokongan dan bantuan atas penganjuran Program Go Go Animal Rangers (We Love We Care) ini. Peserta juga diberikan Sijil Penyertaan oleh Persatuan Haiwan Malaysia setelah tamat sesi program.

Laporkan kes jenayah haiwan domestik ke awa.dvs.gov.my dan kes jenayah haiwan liar ke hotline 1-800-88-5151.

Untuk kongsikan kes jenayah haiwan sebagai kesedaran semua sila ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1822067118000..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.