Go

Jenayah Ini Berlaku Di Tangga Kawasan Rumah Kedai ..

 



Jenayah ini berlaku di tangga kawasan rumah kedai di Jalan Hilltop 5, Miri Sarawak. Semakin hari semakin memburuk jenayah pembuangan haiwan peliharaan. Sedangkan negara sudah lima tahun menguatkuasakan Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Ancaman hukuman denda maksimum RM100,000.00 dan penjara maksimum 3 tahun yang bakal dikenakan kepada penjenayah haiwan juga dilihat tidak memberi kesan didikan diakal dan hati calon penjenayah haiwan.

Tidak tahu di mana silapnya. Ia tidak mampu mengekal dan menurunkan indeks jenayah haiwan di negara ini. Maka dengan itu Animal Malaysia berharap pindaan Akta Kebajikan Haiwan 2015 perlu dipertimbangkan dengan memasukkan hukuman sebatan kepada pesalah jenayah haiwan.

Namun begitu kaedah penguatkuasaan undang-undang, pelaksanaan akta dan penyiasatan juga perlu berubah seiring hukuman yang ditawarkan kepada penjenayah haiwan.

Dalam siri beberapa video jenayah pembuangan haiwan. Jelas menunjukkan nombor plate kenderaan penjenayah. Namun rakyat masih menanti berita gembira jejakan dan penangkapan penjenayah pembuang haiwan ini di media oleh badan penguatkuasaan haiwan melalui video dan nombor pendaftaran kenderaan. Sehingga kini jalan ke arah itu masih terlihat samar dan tidak mempamerkan hasil.

Semoga kompetensi kaedah menguatkuasakan undang-undang haiwan bakal membaik di masa hadapan.

Laporkan kes jenayah haiwan domestik ke awa.dvs.gov.my dan kes jenayah haiwan liar ke hotline 1-800-88-5151.

Untuk kongsikan kes jenayah haiwan sebagai kesedaran semua sila ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010


Source: https://www.facebook.com/malaysiaanimalassociation/videos/12..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.