Go

Semua Pengunjung Bertanya Apakah Rahsia Galeri Ani..

 




Semua pengunjung bertanya apakah rahsia Galeri Animal Malaysia bebas bau busuk yang kuat kesan hasil buangan najis kucing ?

Jawapannya ialah pemakanan yang baik, berkualiti dan sehat akan menyebabkan perut kucing turut bersih dan sihat. Jenama makanan kucing Buttons and Bows Malaysia adalah makanan rasmi dan penaja utama makanan kucing kucing jalanan dan diselamatkan yang ditempatkan di pusat transit sementara Galeri Animal Malaysia . Semua kucing yang ditempatkan di Galeri Animal Malaysia memakan makanan berkhasiat dan berkualiti ini. Hasilnya kucing yang sedang buang najis tidak mengeluarkan bau yang busuk walau pun ketika itu terdapat pengunjung berada dalam sangkar ketika kucing sedang membuang najis.

Inilah antara rahsia keselesaan di Galeri Animal Malaysia!

Hari Khamis 5 Ogos 2022 merupakan detik bersejarah apabila secara rasminya Saudara Dave Gill wakil penaja utama yang bermurah hati terhadap kucing jalanan diselamatkan oleh Animal Malaysia berkunjung ke Galeri Animal Malaysia dan memperkenalkan pek permulaan baharu 400 gram.

Setelah hampir 20 tahun jenama berkualiti dan dipercayai ini berada dalam pasaran di Malaysia. Julung-julung kalinya Trial Pack 400 gram diperkenalkan supaya pengguna baharu yang belum pernah menggunakan Buttons and Bows untuk kucing di rumah boleh mencubanya dengan mendapatkan pek permulaan ini.

Animal Malaysia tidak lokek maklumat tentang rahsia pemakanan kucing berkualiti yang digunakan di Galeri Animal Malaysia. Anda semua boleh mencuba Buttons and Bows untuk kucing di rumah sebagaimana kucing yang diadopt di Galeri Animal Malaysia. Jenama ini juga terdapat di lebih 400 outlet petshop di Malaysia. Malumat lanjut tentang makanan dan outlet pet shop ada di laman web www.buttonsandbows.com.my

Jom support jenama yang bantu kucing jalanan di Galeri Animal Malaysia dan shleter milik Animal Malaysia! Sokongan anda amat bermakna bagi keperluan kucing di sini semua!

Galeri Animal Malaysia terbuka kepada pengunjung untuk membuat adoption dan dibuka setiap hari dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang. Terus walk in ke :

Galeri Animal Malaysia

No.5 Jalan Balam

Taman Million

51100 Kuala Lumpur

#cat #kucing #kitten #babycat #adoption #donation #charity #galeri #animal #malaysia #stray

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1851670478373..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.