Go

Galeri Animal Malaysia Mempelawa Mana-Mana Individ..

 


Galeri Animal Malaysia mempelawa mana-mana individu berminat mengisi kekosongan sebagai Pembantu Pengurusan Kucing.

Skop kerja hanya menguruskan hal ehwal kucing dalam keempat-empat sangkar utama dan bilik kuarantin. Kerja meliputi :

- Membersihkan kucing apabila comot seperti memandikan kucing, cuci mata serta cuci telinga.

- Memberi makan ubat kepada kucing sepanjang dalam perawatan.

- Memberi makan vitamin kepada kucing mengikut jadual ditetapkan.

- Melaporkan kepada pihak Galeri Animal Malaysia mengenai perkembangan kucing-kucing yang berada di Galeri Animal Malaysia.

- Menyediakan secara memasak makanan tambahan kucing seperti rebusan ayam mengikut jadual ditetapkan.

- Lain-lain keperluan pengurusan kucing dari semasa ke semasa.

Jika berminat boleh segera hubungi www.wasap.my/+60166345464

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=387534013566616&id=105844651735555



Sangkar ke-4 hari ini secara rasmi telah siap dibina dan perancangannya untuk tempat penempatan anak kucing yang selama ini anak-anak kucing bercampur dengan kucing dewasa.

Kini terdapat empat sangkar utama di Galeri Animal Malaysia :

Sangkar A (Adoption) – Kucing untuk adoption
Sangkar B (Recovery) – Kucing sihat baru tiba untuk menunggu proses pemandulan
Sangkar C (Treatment) – Kucing bunting dan kucing masih menyusukan anak
Sangkar D (Kittens) – Anak kucing
Bilik Quarantine – Pengasingan kucing sakit dalam rawatan

Anak-anak kucing yang sedang membesar dalam sangkar ini bakal mendapat nutrisi pemakanan berkualiti mencukupi Buttons and Bows Malaysia

Galeri Animal Malaysia amat mengalu-alukan khidmat sukarelawan mana-mana pihak untuk menghulurkan tangan membantu kerja pembersihan sangkar serta kerja pembersihan dan rawatan kucing memandangkan peningkatan jumlah kucing jalanan yang menghuni di galeri ini. Whatsapp www.wasap.my/+60166345464 untuk temujanji dan pendaftaran sukarelawan Galeri Animal Malaysia.

Pengunjung dialu-alukan datang bersama keluarga berkongsi kasih sayang dengan kucing-kucing yang menghuni di di sini. Adoption bagi yang berkelayakan juga amat digalakkan :

✅ Galeri Animal Malaysia terbuka kepada semua pengunjung secara walk in setiap hari Selasa hingga Ahad dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang. Untuk lokasi dan alamat. Taip nama Galeri Animal Malaysia di Google Search.

✅ Support jualan amal untuk bantu operasi Galeri Animal Malaysia di https://shopee.com.my/galerianimalmalaysia

✅ Haiwan peliharaan adalah keluarga kita. Catatkan kenangan melalui pendaftaran sijil. Daftar Sijil Pemilikan Haiwan di https://animalmalaysia.com/animal-ownership-certificate/ dan daftar Sijil Kematian Haiwan di https://animalmalaysia.com/animal-death-certificate/ .

✅ Gunakan platform percuma untuk buka adoption kucing yang ditemui di https://animalmalaysia.com/adopt/

#cat #kucing #kitten #babycat #adoption #donation #charity #galeri #animal #malaysia #stray

Source: https://www.facebook.com/galerianimalmalaysia/photos/a.23094..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.