Go

Pengurusan Kompleks Sukan Sky Arine Jalan Air Pana..

 




Pengurusan Kompleks Sukan Sky Arine Jalan Air Panas Setapak di Kuala Lumpur membuat aduan menghadapi masalah kehadiran lambakan anjing jalanan dengan keadaan tidak terurus dan kebuluran.

Anjing-anjing ini dipercayai datang dari tapak-tapak pembinaan yang telah siap berhampiran. Mungkin khidmat anjing ini digunakan sementara untuk jaga keselamatan kawasan pembinaan ketika kerja masih dijalankan. Namun ia dibiarkan tanpa arah dan pengurusan yang betul selepas pembinaan siap sepenuhnya. Akhirnya masalah itu akan timbul dan datang kepada masyarakat.

Wakil Pengurusan Kompleks Sukan Sky Arine Jalan Air Panas Setapak di Kuala Lumpur merayu mana-mana shelter anjing yang menyediakan tangkapan dan pemindahan anjing ke shelter dan menguruskan anjing sebaiknya dari segi pemandulan hingga ke adoption.

Shelter anjing boleh tampil hubungi wakil pengurusan Encik Mohd Zulpi di www.wasap.my/+60133331341 untuk perbincangan pengurusan anjing dan quotation menguruskan anjing. Pengurusan anjing hendaklah memiliki lesen menangkap anjing dan shelter anjing sah berlesen yang berdaftar dengan pihak berkuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk memastikan tiada sebarang masalah berbangkit pada masa akan datang.

Laporkan terus kes jenayah haiwan domestik ke https://awa.dvs.gov.my dan kes jenayah haiwan liar ke hotline 1-800-88-5151 atau berhubung dengan pejabat Perhilitan negeri terdekat.

Untuk kongsikan kes jenayah haiwan sebagai kesedaran semua sila ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1885797621627..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.