Go

Buttons And Bows Malaysia Cats Adoption Fiesta 202..

 




Buttons and Bows Malaysia Cats Adoption Fiesta 2022 bersama Galeri Animal Malaysia kini berlangsung di Pavillion Bukit Jalil dari 23 hingga 25 September 2022 menyaksi 100 ekor kucing pilihan untuk dibawa pulang tinggal sebagai keluarga bersama anda semua.

Jangan lepaskan peluang hadir menyokong usaha Galeri Animal Malaysia untuk merealisasikan hasrat meningkatkan kualiti hidup kucing dari jalanan ke rumah kediaman.

Bersama dalam menggapai hasrat murni ini tidak ketinggalan juga sahabat korporat yang sentiasa mendukong usaha meninggikan taraf dan martabat kucing jalanan Galeri Animal Malaysia iaitu Biovet.Hq, Anymal Lab, Izzlisha Majesty – Cat Litter, Cat Hotel & Spa dan Neco Pet Care.

Semua dijemput hadir dan beri galakkan terhadap adoption drive anjuran Persatuan Haiwan Malaysia.

Pengunjung dialu-alukan datang bersama keluarga berkongsi kasih sayang dengan kucing-kucing yang menghuni di di sini. Adoption bagi yang berkelayakan juga amat digalakkan :

✅ Galeri Animal Malaysia terbuka kepada semua pengunjung secara walk in setiap hari Selasa hingga Ahad dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang. Untuk lokasi dan alamat. Taip nama Galeri Animal Malaysia di Google Search.

✅ Support jualan amal untuk bantu operasi Galeri Animal Malaysia di https://shopee.com.my/galerianimalmalaysia

✅ Haiwan peliharaan adalah keluarga kita. Catatkan kenangan melalui pendaftaran sijil. Daftar Sijil Pemilikan Haiwan di https://animalmalaysia.com/animal-ownership-certificate/ dan daftar Sijil Kematian Haiwan di https://animalmalaysia.com/animal-death-certificate/ .

✅ Gunakan platform percuma untuk buka adoption kucing yang ditemui di https://animalmalaysia.com/adopt/

#cat #kucing #kitten #babycat #adoption #donation #charity #galeri #animal #malaysia #stray

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1886849081522..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.