Go

Kenyataan Media Persatuan Haiwan Malaysia Berhubun..

 




KENYATAAN MEDIA PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA BERHUBUNG JENAYAH PEMBUNUHAN KEJAM SECARA MEMANAH ANJING

Animal Malaysia memahami masalah masyarakat berhubung lambakan anjing jalanan yang semakin menunjuk peningkatan di tempat awam hingga mengundang ketidak selesaan segelintir pembenci anjing akibat dakwaan rasa terancam.

1. Namun kehadiran anjing liar ini adalah disebabkan tiada satu undang-undang khusus untuk menyekat penggunaan anjing dikenakan terhadap tapak pembinaan dan kawasan industri yang akhirnya mengabaikan kebajikan dan kawalan anjing apabila khidmat anjing penjaga kawasan ini tidak diperlukan. Anjing berkeliaran tanpa arah mencari kehidupan dan makan minum apabila tiada tempat berteduh. Kerajaan perlu wujudkan satu peraturan tegas dalam penggunaan anjing untuk perindustrian memandangkan masalah jangka panjang bakal dihadapi masyarakat dan nasib anjing bakal memburuk.

2. Masyarakat pembenci anjing tidak seharusnya mengambil tindakan sendiri yang boleh menyebabkan berlaku kezaliman hingga melahirkan jenayah haiwan. Masalah lambakan anjing liar ini perlu dirujuk kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengambil tindakan berperikemanusiaan mengikut S.O.P tangkapan dan pengurusan anjing seperti yang terkandung dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976.

3. Aktiviti PANAH juga adalah aktiviti menggunakan senjata tajam yang mampu membunuh jika disalah guna selari dengan senjata tajam dan berbahaya lain. Kerajaan sudah perlu mempertimbangkan menghadkan dan mengawal penggunaan panah seperti MEWAJIBKAN LESEN BAGI AKTIVTI MEMILIKI, MENGENDALI DAN MENGGUNAKAN PANAH supaya senjata berbahaya ini tidak lagi disalah guna kerana dikhuatiri bakal menjadi senjata oleh penjenayah.

4. Pemanah kejam dan ganas yang membunuh anjing secara panah seperti dalam gambar ini perlu dicari, ditangkap, disiasat latar belakang diri kerana dikhuatiri penjenayah atau pengganas ekstrim, didakwa di mahkamah untuk hukuman salah guna senjata tajam berbahaya.

5. Masyarakat pencinta anjing perlu berlapang dada dengan masalah dan konflik anjing-masyarakat supaya tidak mengganggu kerja pihak berkuasa menyelesaikan lambakan anjing yang sering menjadi punca jenayah haiwan berlaku. Tangkapan anjing oleh PBT perlu berlandaskan S.O.P tangkapan anjing dan pencinta anjing perlu dibenarkan menuntut anjing ditangkap untuk relokasi ke tempat selamat seperti shelter anjing.

6. Jika kesemua pihak masing-masing mengikut aturan yang sedia ada dan memahami hak manusia-anjing. Masalah keseteruaan dan konflik berlarutan antara manusia dan anjing bakal boleh dikurangkan hingga akhirnya menyelesaikan persengketaan yang tiada pernah berakhir ini.

Arie Dwi Andika

Presiden

Persatuan Haiwan Malaysia

24 September 2022 @ Kuala Lumpur

Laporkan terus kes jenayah haiwan domestik ke https://awa.dvs.gov.my dan kes jenayah haiwan liar ke hotline 1-800-88-5151 atau berhubung dengan pejabat Perhilitan negeri terdekat.

Untuk kongsikan kes jenayah haiwan sebagai kesedaran semua sila ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1887516321455..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.