Go

Hari Kedua Buttons And Bows Malaysia Cats Adoption..

 




Hari kedua Buttons and Bows Malaysia Cats Adoption Fiesta 2022 di Pavillion Bukit Jalil menyaksikan kehadiran kucing lumpuh diberi nama Chandra Muzaffar. Perhatian penuh hari ini tertumpu kepada kucing malang mangsa langgar lari yang diselamatkan dan ditempatkan di Galeri Animal Malaysia.

Dia kini sudah sihat namun mengalami lumpuh kekal perlu segera ada keluarga untuk mencurahkan kasih sayang kepadanya. Hentikan perasan terpinggir si Chandra Muzaffar supaya dia boleh menjalani dan menikmati hidup seperti kucing lain. Inilah usaha Galeri Animal Malaysia dalam membentuk komuniti belas ihsan kepada kucing. Sekali gus mengangkat taraf hidup kucing dari jalanan ke rumah kediaman.

Beramai-ramai ke Pavillion Bukit Jalil menyaksikan hampir 100 ekor kucing dibuka untuk adoption yang berlangsung dari semalam 23 September 2022 hingga esok 25 September 2022. Kehadiran anda kegembiraan buat kucing-kucing di sini!

Pengunjung dialu-alukan datang bersama keluarga berkongsi kasih sayang dengan kucing-kucing yang menghuni di di sini. Adoption bagi yang berkelayakan juga amat digalakkan :

✅ Galeri Animal Malaysia terbuka kepada semua pengunjung secara walk in setiap hari Selasa hingga Ahad dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang. Untuk lokasi dan alamat. Taip nama Galeri Animal Malaysia di Google Search.

✅ Support jualan amal untuk bantu operasi Galeri Animal Malaysia di https://shopee.com.my/galerianimalmalaysia

✅ Haiwan peliharaan adalah keluarga kita. Catatkan kenangan melalui pendaftaran sijil. Daftar Sijil Pemilikan Haiwan di https://animalmalaysia.com/animal-ownership-certificate/ dan daftar Sijil Kematian Haiwan di https://animalmalaysia.com/animal-death-certificate/ .

✅ Gunakan platform percuma untuk buka adoption kucing yang ditemui di https://animalmalaysia.com/adopt/

#cat #kucing #kitten #babycat #adoption #donation #charity #galeri #animal #malaysia #stray

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1887705891436..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.