Go

Hari Terakhir Buttons And Bows Malaysia Cats Adopt..

 




Hari terakhir Buttons and Bows Malaysia Cats Adoption Fiesta 2022 di Pavillion Bukit Jalil hari ini mencatatkan 24 ekor kucing telah berjaya direhome bersama keluarga baharu. Sekali gus keseluruhan tiga hari bermula 23 hingga 25 September 2022 Galeri Animal Malaysia berjaya menaik taraf 56 ekor kucing jalanan mendiami rumah kediaman.

Semoga adopter yang menjadikan kucing-kucing Galeri Animal Malaysia sebahagian keluarga mereka memelihara dan merawat kucing dibawah tanggungjawab mereka dengan baik melebihi kasih sayang yang dicurahkan sepanjang kucing-kucing ini berteduh di Galeri Animal Malaysia.

Persatuan Haiwan Malaysia mewakili semua keluarga besar yang bersama berusaha menjayakan event adoption tiga hari berturut-turut terbesar ini merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kaseh kepada semua yang terlibat berusaha memastikan kelancaran event berprestij ini.

Terima kasih kepada Buttons and Bows Malaysia, Biovet.Hq, Izzlisha Majesty – Cat Litter, Cat Hotel & Spa, Anymal Lab, Neco Pet Care dan pihak penganjur atas sokongan dan usaha tungkus lumus memberi yang terbaik kepada kucing jalanan dalam program adoption ini. Semoga dalam event adoption akan datang semua pihak mampu memberikan yang terbaik dan lebih bermanfaat untuk kucing jalanan. Inilah usaha kekeluargaan yang erat yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Pengunjung dialu-alukan datang bersama keluarga berkongsi kasih sayang dengan kucing-kucing yang menghuni di di sini. Adoption bagi yang berkelayakan juga amat digalakkan :

✅ Galeri Animal Malaysia terbuka kepada semua pengunjung secara walk in setiap hari Selasa hingga Ahad dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang. Untuk lokasi dan alamat. Taip nama Galeri Animal Malaysia di Google Search.

✅ Support jualan amal untuk bantu operasi Galeri Animal Malaysia di https://shopee.com.my/galerianimalmalaysia

✅ Haiwan peliharaan adalah keluarga kita. Catatkan kenangan melalui pendaftaran sijil. Daftar Sijil Pemilikan Haiwan di https://animalmalaysia.com/animal-ownership-certificate/ dan daftar Sijil Kematian Haiwan di https://animalmalaysia.com/animal-death-certificate/ .

✅ Gunakan platform percuma untuk buka adoption kucing yang ditemui di https://animalmalaysia.com/adopt/

#cat #kucing #kitten #babycat #adoption #donation #charity #galeri #animal #malaysia #stray

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1888965851310..



 



Facebook Comments


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Copyright © 2008 - 2022, PetFinder.my. All rights reserved.