Go

Sokongan Semua Pihak Terhadap Usaha Persatuan Haiw..

 




Sokongan semua pihak terhadap usaha Persatuan Haiwan Malaysia membantu haiwan jalanan terutamanya kucing melalui Galeri Animal Malaysia amat dialu-alukan.

Kehadiran satu lagi badan korporat Anymal Lab di Galeri Animal Malaysia menggalakkan lagi usaha Tangkap – Mandul – Relokasi (Trap-Neuter-Rehome. Kehadiran penajaan penggunaan produk Anymal banyak membantu mengatasi masalah persekitaran terutamanya dari segi bau busuk akibat kesan kencing dan najis kucing serta serangga yang boleh mengancam keselesaan kucing yang menghuni di Galeri Animal Malaysia.

Ramai bertanya rahsia mengapa Galeri Animal Malaysia tidak mempunyai bau tengit, hancing, hapak malah tiada bau busuk adalah kerana selain makanan berkualiti Buttons and Bows Malaysia dan penggunaan pasir tofu berkualiti Izzlisha Majesty – Cat Litter, Cat Hotel & Spa. Produk neutralisasi bau www.anymal.my khusus direka seperti Smell Buster dan Air Neutralizer turut menyokong menghilangkan bau di seluruh kawasan Galeri Animal Malaysia.

Ini satu kejayaan dan kebanggaan di Galeri Animal Malaysia kerana berjaya memberi keselesaan kepada pengunjung yang mengunjungi amnya dan kucing-kucing yang mendiami Galeri Animal Malaysia khususnya.

Bagi sesiapa yang mahu menyokong operasi Galeri Animal Malaysia. Boleh turut membuat pembelian amal melalui gerai online di https://shopee.com.my/galerianimalmalaysia kerana keuntungan jualan amal boleh menampung pembiayaan pemandulan, vaksinansi dan kos rawatan kucing jalanan yang dikutip.

Pengunjung dialu-alukan datang bersama keluarga berkongsi kasih sayang dengan kucing-kucing yang menghuni di di sini. Adoption bagi yang berkelayakan juga amat digalakkan :

✅ Galeri Animal Malaysia terbuka kepada semua pengunjung secara walk in setiap hari Selasa hingga Ahad dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang. Untuk lokasi dan alamat. Taip nama Galeri Animal Malaysia di Google Search.

✅ Support jualan amal untuk bantu operasi Galeri Animal Malaysia di https://shopee.com.my/galerianimalmalaysia

✅ Haiwan peliharaan adalah keluarga kita. Catatkan kenangan melalui pendaftaran sijil. Daftar Sijil Pemilikan Haiwan di https://animalmalaysia.com/animal-ownership-certificate/ dan daftar Sijil Kematian Haiwan di https://animalmalaysia.com/animal-death-certificate/ .

✅ Gunakan platform percuma untuk buka adoption kucing yang ditemui di https://animalmalaysia.com/adopt/

#cat #kucing #kitten #babycat #adoption #donation #charity #galeri #animal #malaysia #stray

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1893361234204..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.