Go

Masih Ramai Tiada Kesedaran Kaedah Memelihara Kuci..

 



Masih ramai tiada kesedaran kaedah memelihara kucing dengan berkebajikan. Kurungan kucing dalam sangkar sempit, kotor, dan menjijikan begini bakal mengundang pelbagai masalah sama ada penyakit kepada kucing atau gangguan terhadap jiran tetangga.

Kejadian ini berlaku di salah sebuah taman perumahan di Kedah dan pengadu telah memanjangkan aduan kepada pihak berkuasa untuk menguatkuasakan undang-undang. Buat masa ini pemilik yang melakukan kesalahan pengabaian kucing begini hanya akan diberikan notis penambah baikan. Tiada pendakwaan atau tindakan tegas diambil melainkan memberi peluang kedua kepada pemilik membaiki kaedah memelihara. Begitulah biasanya terjadi.

Pemilik kucing adalah dinasihatkan supaya menyediakan tempat selesa untuk kucing yang dipelihara bagi mengelakkan kucing mendiami sangkar yang menyiksakan seperti dalam video ini. Ia amat zalim dan menyiksakan.

Bersama membanteras jenayah haiwan. Kehidupan haiwan tanggungjawab bersama.

Laporkan terus kes jenayah haiwan domestik ke https://awa.dvs.gov.my atau hubungi pejabat DVS negeri berhampiran. Manakala laporkan kes jenayah haiwan liar ke hotline 1-800-88-5151 hubungi pejabat Perhilitan negeri terdekat.

Untuk kongsikan kes jenayah haiwan sebagai kesedaran semua sila ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/1034048660604..



 



Facebook Comments


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Copyright © 2008 - 2022, PetFinder.my. All rights reserved.