Go

Penduduk Rumah Pangsa Kos Rendah Di Taman Bukit An..

 




Penduduk Rumah Pangsa Kos Rendah di Taman Bukit Angkasa Pantai Dalam Kuala Lumpur berdepan dengan masalah kacau ganggu iaitu longgokan najis kucing dan sampah sarap bekas makanan kucing yang tidak diuruskan dengan baik oleh kumpulan animal feeder di flat berkenaan.

Keadaan ini menjadi buruk apabila sikap sekumpulan pemberi makan kucing jalanan tidak mempedulikan soal kebersihan yang merupakan mashalahat ummah terbesar. Sebaliknya kumpulan pemberi makan haiwan iaitu kucing di flat ini mendakwa terdapat manusia yang berdengki dengan kucing di flat tersebut.

Inilah sikap memalukan dan tidak bertanggungjawab yang tidak diingini berlaku di kalangan pemberi makan haiwan yang mencemarkan dan mengundang imej buruk terhadap kelompok pemberi makan haiwan jalanan lain.

Isu ini tidak akan pernah selesai selagi mana masih terdapat golongan pemberi makan haiwan yang tiada tanggungjawab dan degil terhadap keperluan membersihkan semula tempat makan kucing yang diuruskan mereka.

Adalah diingatkan bahawa kedunguan dan sikap lepas tangan pemberi makan haiwan yang tidak bertanggungjawab terhadap masalah penduduk lain berkaitan haiwan jalanan bakal memangsakan haiwan jalanan itu dan Pihak Berkuasa Tempatan terpaksa menjalankan tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukkan undang-undang yang ada di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 kerana kebersihan dan kacau ganggu.

Siapa yang akan menjadi mangsa? Kucing-kucing yang berteduh menumpang tidor bakal ditangkap dan dilupuskan kerana kemalasan penanggungjwab yang berlagak pencinta haiwan.

Bersama membanteras jenayah haiwan. Kehidupan haiwan tanggungjawab bersama.

Laporkan terus kes jenayah haiwan domestik ke https://awa.dvs.gov.my atau hubungi pejabat DVS negeri berhampiran. Manakala laporkan kes jenayah haiwan liar ke hotline 1-800-88-5151 hubungi pejabat Perhilitan negeri terdekat.

Untuk kongsikan kes jenayah haiwan sebagai kesedaran semua sila ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1895942803946..



 



Facebook Comments


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Copyright © 2008 - 2022, PetFinder.my. All rights reserved.