Go

Corat-Coret Program Majlis Rumah Terbuka Animal Ma..

 




Corat-coret Program Majlis Rumah Terbuka Animal Malaysia – Buttons and Bows Malaysia 2023 yang telah berlangsung semalam 28/05/2023 di Galeri Animal Malaysia membawa pertemuan bermakna dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat / Speaker Parlimen Malaysia Dato’ Johari Abdul serta Dato’ Mohd Razlan Rafii Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri Y.A.B Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sambil menjamu selera sesi perbincangan mengenai isu-isu haiwan domestik dan haiwan liar turut diutarakan antaranya masalah keseteruan masyarakat dengan kucing dan anjing jalanan serta konflik haiwan liar di negara ini yang memerlukan perubahan besar dan seharusnya sudah mulai diberi perhatian oleh kementerian berkaitan dan wakil-wakil rakyat dalam parlimen mengenai perubahan akta dan dasar haiwan.

Penghargaan besar buat Ketua Balai POLIS Sentul Tuan Inspektor Hairie mewakili Ketua Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul yang turut meluangkan masa serta warga Balai Polis Sentul Kuala Lumpur.

Kehadiran tetamu yang tidak putus-putus mencecah ke angka 3,000 orang amat memeriahkan Majlis Sambutan Rumah Terbuka pada hari ini yang terdiri daripada para pencinta haiwan, pengusaha shelter haiwan, pemain industri haiwan dan golongan pemberi makan haiwan jalanan serta pemilik haiwan perliharaan amatlah bermakna.

Penghargaan juga bust tetamu-tetamu dari Global Ikhwan Sdn Bhd yang hadir, Ketua Seksyen Lembaga Kebajikan Haiwan Dr Marzuna serta staf Jabatan Perkhidmatan Veterinar, kakitangan Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia, wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Wilayah Persekutuan, rombongan dari Syarikat Susu Kambing Kaprima Dairy Farm, wakil Cat Kingdom, wakil Anugerah Mahligai Arah Nasib Abadi Haiwan / Rumah Amanah, founder Neco Pet Care, Anymal Lab, Izzlisha Majesty – Cat Litter, Cat Hotel & Spa, MJMA Cat Grooming & Training Centre, JM Cat House, Meow Hero Family Centre, Nelly’s cat & Dog Grooming Traning Center, Dato-Dato/ Datin-Datin tuan puan yang dihormati.

Semoga bertemu lagi di majlis pada tahun hadapan!

“HAIWAN KHZANAH AMANAH TUHAN•

Source: https://www.facebook.com/217518001028827/posts/2237250004081..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.