Go

Lada Lestari: Dari Kebun Ke Meja

 



Oh keindahan aroma! Memperkenalkan salah satu lada terunggul di dunia, lada Sarawak. 🔥

#DYK 🤔 Sarawak menghasilkan 98% lada di Malaysia. Ditanam hampir keseluruhannya oleh komuniti orang asal, tanaman kontan ini membantu dalam mengekalkan sumber pendapatan kebanyakan komuniti luar bandar di negeri ini.

Pada 2018, WWF-Malaysia memulakan projek penanaman lada secara lestari di Ulu Katibas, Song. Kami bekerjasama dengan komuniti Iban dari Rumah Dagum dan Rumah Peter serta Lembaga Lada Malaysia. 💪

Projek ini bertujuan untuk memperkasakan komuniti orang asal ke arah sumber rezeki yang lebih baik melalui penanaman lada lestari dan agroperhutanan di kawasan kegunaan masyarakat yang dikelilingi oleh hutan semula jadi.

Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana pemuliharaan hutan dijalankan, marilah menonton video mengenai penanaman lada lestari.

Untuk menonton video yang beresolusi tinggi, sila layari 👉 https://youtu.be/uI0bBLTDB0w atau https://youtu.be/OiEb9haEfYE

#CommunityConservation #SustainableFarming #BebasRacunPerosak #PenanamanLada #Song #Katibas #Sarawak #MoreToDiscover #SarawakFood #Gawai #Kaamatan #SupportLocal


Source: https://www.facebook.com/wwfmy/videos/971973670509307/



 

avatar

WWF Malaysia

WWF-Malaysia is a national conservation trust that currently runs conversation projects covering a diverse range of environmental protection & nature conservation in Malaysia. Our mission is to stop the degradation of the planet's natural environment and to build a future in which humans live in harmony with nature.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.