Go

Negara Sekali Lagi Dihidangkan Dengan Menu Berita ..

 




Negara sekali lagi dihidangkan dengan menu berita sedih dan sadis pada hari ini apabila penduduk menemui seekor kucing yang kehilangan nyawa dijerut dileher tergantung dengan dawai di bingkai tingkap sebuah kediaman di Persiaran Intan Hulu Langat Selangor.

Kejadian disedari berlaku pada jam 10.00 pagi hari Jumaat j02 Jun 2023 oleh penduduk. Saksi mendakwa mengesyaki perlakuan keji dan tidak berperikanusiaan ini dilakukan oleh salah seorang penghuni rumah berstatus warga asing di mana bangkai kucing tergantung ini ditemui berdasarkan beberapa siri keseteruan dan tidak menyenangi antara penghuni rumah warga asing dengan kucing jalanan yang berlegar disekitar rumah didiaminya.

Satu laporan polis dibuat secara rasmi di Balai Polis Batu 9 Cheras, Hulu Langat, Kajang Selangor 03 Jun 2023 jam 01.11 pagi supaya satu siasatan terperinci pihak polis terhadap penjenayah berkelas haiwan ini dilakukan oleh pihak polis menggunapakai Akta Kebajikan Haiwan 2015 dengan kadar segera. Namun menurut penduduk dan saksi tiada sebarang tindakan susulan pihak polis terhadap kes ini dan ia seperti kes yang didiamkan.

Persatuan Haiwan Malaysia menggesa pihak penyiasat Polis segera mengambil tindakan dengan menahan individu disyaki dan menjalankan siasatan terperinci serta melakukan pendakwaan segera jika cukup fakta kes memandangkan tiada tindakan daripada pihak Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) walaupun laporan dibuat saksi yang mengetahui pelaku disyaki telah lebih daripada 24 jam berlalu. Animal Malaysia menuntut tindakan pantas bagi memastikan Sistem Keadilan Jenayah Haiwan Malaysia berjalan dengan baik.

Persatuan Haiwan Malaysia juga mahu supaya tiada toleransi serta pihak berkuasa tidak mengambil ringan terhadap jenayah haiwan berkelas begini kerana membimbangi ia menjadi trend dan melarat menjadi jenayah terhadap manusia. Selain itu jenayah haiwan adalah satu jenayah berat yang ada peruntukkan dalam undang-undang dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Arie Dwi Andika

Presiden

Persatuan Haiwan Malaysia

Penganalisa Jenayah Haiwan

Malaysia Animal Crime Transparency – MyAct

04/06/2023 @ Ahad @ Galeri Animal Malaysia

Source: https://www.facebook.com/217518001028827/posts/2271269800679..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.